Utusan Borneo (Sarawak)

‘Tilam, bantal buruk itu hendak dilupus’

Perkara yang ditularkan tidak menggambar­kan perkara sebenar di sekolah: Dr Simon

- Oleh Jessica Jawing ADUN Tebedu

Tilam, bantal dan asrama keseluruha­nnya adalah baik dan siap siaga menunggu kehadiran pelajar.

KUCHING: Tilam dan bantal buruk yang didakwa berada di bilik asrama sebuah sekolah di Serian merupakan barangan yang hendak dilupuskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, barangan berkenaan masih menunggu surat kelulusan bagi tujuan pelupusan.

“Tilam yang ditularkan tersebut merupakan barang yang hendak dilupuskan dan menunggu surat kelulusan.

“Tilam, bantal dan asrama keseluruha­nnya adalah baik dan siap siaga menunggu kehadiran pelajar,” katanya kepada The Borneo Post dan Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Mstar pada Rabu, seorang bapa pelajar sekolah ketika menghantar anaknya ke asrama terkejut sebaik melihat keadaan bilik di asrama yang dihuni dua anak lelakinya yang masingmasi­ng merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

Bapa pelajar itu mendakwa, bukan sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian isi tilam turut berlubang dan terburai.

Selain itu, beliau mendakwa bantal buruk dan busuk yang sudah bertukar warna serta menjijikka­n.

Bagaimanap­un menurut Dr Simon, perkara yang ditularkan itu ternyata tidak tepat.

“Ia tidak menggambar­kan perkara yang sebenarnya berlaku di sekolah,” tegasnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan telah berada di sekolah terbabit seawal jam 6.40 pagi semalam bagi program Hari Pertama di sekolah peringkat Serian.

Kehadiran di sekolah itu disertai oleh wakil dari ibu pejabat polis Serian, pemanca serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pentadbir sekolah.

Dr Simon Sinang Bada

 ?? DR SIMON ??
DR SIMON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia