Utusan Borneo (Sarawak)

Kerap sakit kepala, sesak nafas tanda buah pinggang rosak tahap kritikal

-

SERING sakit kepala dan sesak nafas beberapa tahun lalu antara gejala dialami seorang guru tuisyen sebelum ibu kepada seorang anak itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.

V. Thilaga, 46, berkata, pemeriksaa­n yang dilakukan di sebuah klinik menyatakan ia keadaan normal namun pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan disebabkan sakit berterusan termasuk ketika haid membawa kepada penemuan penyakit itu pada Januari 2021.

“Pada mulanya saya tidak percaya, dan enggan mendapatka­n rawatan dialisis untuk mencuci buah pinggang, namun anggota keluarga yang kebanyakan­nya merupakan doktor menasihati saya supaya berbuat demikian kerana keadaan saya semakin teruk, susah bernafas dan buah pinggang semakin mengecut.

“Selepas melihat anak perempuan saya yang masih kecil iaitu berusia tujuh tahun, saya nekad untuk menjalani rawatan dialisis dan mengubah tanggapan supaya kembali sihat serta menjaga pemakanan dan minum kerana anak dan ramai pelajar yang perlukan saya,” katanya ketika ditemui Bernama di Pusat Hemodialis­is, Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) di sini kelmarin.

Beberapa pesakit buah pinggang di PCSH didekati bagi mendapatka­n kisah perjalanan hidup yang terpaksa diharungi mereka selepas disahkan mengidap penyakit itu, selaras dengan SambutanHa­riBuahPing­gang Sedunia yang disambut pada bulan Mac tahun ini dengan tema ‘Kesihatan Buah Pinggang Untuk Semua’.

Thilaga yang tinggal di Chemor berkata, sehingga kini beliau menjalani rawatan dialisis darah di hospital itu tiga kali seminggu dengan kos dibiayai Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) dan terpaksa mengawal pemakanan dengan tidak mengambil makanan yang mengandung­i fosfat dan potassium yang tinggi.

Katanya, beliau hanya menunggu giliran untuk mendapatka­n pemindahan buah pinggang supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dr. Ng Yong Muh ketika ditemui berkata, mereka yang mempunyai risiko seperti kencing manis, darah tinggi, kegemukan dan ahli keluarga mempunyai risiko penyakit buah

pinggang disaran membuat pemeriksaa­n kesihatan secara berkala menerusi ujian air kencing bagi mengesan penyakit itu di peringkat awal.

“Pesakit biasanya tidak mengalami gejala pada peringkat awal, kalau ada pun mereka alami petanda seperti kaki bengkak dan kencing berbuih serta berdarah. Jadi jika pesakit dapat mengesan dari peringkat awal, mereka boleh mengawal punca penyakit itu supaya buah pinggang tidak merosot hingga tahap kritikal yang akan menyebabka­n mereka perlu menjalani dialisis air

dan darah,” katanya.

Beliau berkata, rawatan terbaik bagi pesakit buah pinggang adalah pemindahan buah pinggang, namun kebanyakan mereka terpaksa menunggu giliran bagi mendapatka­n penderma organ menyebabka­n 91 orang pesakit di PCSH ketika ini terpaksa menjalani dialisis air di rumah setiap hari, dan dialisis darah di hospital itu dua hingga tiga kali seminggu.

Menurutnya, kebanyakan pesakit di PCSH yang mengalami kerosakan buah pinggang tahap kritikal terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas berpunca

daripada penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Penderma buah pinggang pun tidak ramai berbanding jumlah pesakit yang ramai, jadi mereka perlu melakukan dialisis supaya badan sihat sementara menunggu pemindahan organ, kalau tidak badan tidak dapat bertahan dan tempoh hayat menjadi pendek disebabkan racun tinggi dan sesak nafas,” katanya.

Sementara itu seorang lagi pesakit Zulkifli Mohammad, 66, berkata, sering makan ubat tahan sakit disebabkan gout dipercayai punca beliau menghadapi kerosakan buah pinggang sejak lapan tahun lepas.

“Kalau dahulu saya suka makan durian dan air manis seperti bergas tetapi sekarang saya tidak dapat lagi menikmati semua itu, makan pun sudah kurang,” katanya.

Bapa kepada tiga anak yang tinggal di Pekan Razaki itu berkata, beliau juga tidak dapat aktif bersukan dalam badmintons­elepasmeng­alami kerosakan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis darah tiga kali seminggu di hospital itu dengan dibiaya oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam. — Bernama

 ?? — Gambah Bernama ?? PERLU PERHATIAN KHUSUS: Pesakit buah pinggang yang mendapatka­n rawatan di PCSH ketika tinjauan semalam sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
— Gambah Bernama PERLU PERHATIAN KHUSUS: Pesakit buah pinggang yang mendapatka­n rawatan di PCSH ketika tinjauan semalam sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
 ?? — Gambah Bernama ?? TURUT DIRAI: V. Thilaga (kanan) menerima cenderahat­i daripada kakitangan PCSH sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
— Gambah Bernama TURUT DIRAI: V. Thilaga (kanan) menerima cenderahat­i daripada kakitangan PCSH sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
 ?? — Gambah Bernama ?? PRIHATIN: Zulkifli menerima cenderahat­i daripada kakitangan PCSH sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
— Gambah Bernama PRIHATIN: Zulkifli menerima cenderahat­i daripada kakitangan PCSH sempena Hari Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada Mac setiap tahun.
 ?? ?? DR NG
DR NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia