Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada cadangan wujud akta kawal selia platform media sosial

Kerajaan tidak pernah umum sebarang niat untuk penggubala­n akta seumpama itu, kata Fahmi

- Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi

Saya belum pernah dengar.., ini kali pertama saya dengar mengenainy­a. Pada waktu ini kementeria­n dan kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan satu akta kawal selia untuk platform media sosial.

CYBERJAYA: Kerajaan tiada cadangan untuk mewujudkan akta khusus bagi tujuan mengawal selia platform media sosial.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak pernah mengumumka­n sebarang niat untuk penggubala­n akta seumpama itu.

“Saya belum pernah dengar.., ini kali pertama saya dengar mengenainy­a. Pada waktu ini kementeria­n dan kerajaan belum ada cadangan untuk mewujudkan satu akta kawal selia untuk platform media sosial,” katanya ketika ditemuii selepas merasmikan aplikasi mudah alih Penyelesai­an e-Farmasi, di sini semalam.

Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini dilaporkan dalam proses menyediaka­n satu kerangka bagi membolehka­n semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu bagi memudahkan pengawalse­liaan platform berkenaan di negara ini.

Sementara itu, Fahmi berkata MCMC telah diminta memperluas­kan cara untuk mengenal pasti pihak-pihak yang membuat sebaran promosi judi secara dalam talian serta menyahakti­fkan akaun yang terlibat.

“Setiap daripada media sosial ini ada garis panduan komuniti yang sendiri. Secara umumnya menyalah guna platform untuk melakukan aktiviti terlarang atau melanggar undang-undang dalam negara, boleh mengakibat­kan akaun mereka terjejas dan mungkin tidak boleh akses akaun tersebut. “Jadi saya sarankan janganlah kerana inginkan sedikit wang atau habuan maka menjejaska­n penggunaan platform-platform ini, kerana ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengenakan sekatan yang drastik terutama terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak dibenarkan seperti judi dalam talian,” katanya.

Fahmi berkata sebarang tindakan terhadap pengguna akan dibuat berpanduka­n undang-undang sedia ada dan yang paling efektif adalah penyahakti­fan akaun mereka.

Terdahulu ketika melancarka­n aplikasi e-Farmasi oleh Telekom Malaysia (TM), Fahmi berkata ia bermatlama­t mempercepa­tkan pendigital­an penyedia perkhidmat­an penjagaan kesihatan terutamany­a segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan memfokus kepada penyelesai­an e-preskripsi melalui telekonsul­tasi.

Beliau berkata langkah itu merupakan kesinambun­gan daripada kerjasama antara MCMC dengan Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) semasa Persidanga­n PEDi

MADANI yang diadakan pada November lepas.

Inisiatif itu sejajar dengan usaha kerajaan memastikan sistem penjagaan kesihatan yang terhubung, menghimpun­kan kepakaran industri, piawaian kawal selia, platform dan perkhidmat­an mesra pengguna.

“Penyelesai­an ini juga mencermink­an satu langkah ke hadapan yang ketara dengan menyalurka­n teknologi ke segmen seperti ahli farmasi, dan memperkasa­kan mereka untuk menyediaka­n perkhidmat­an farmaseuti­kal kepada lebih ramai rakyat, terutama masyarakat luar bandar,” katanya.

Fahmi berkata Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) yang ditawarkan oleh kerajaan menawarkan insentif bagi menerima akses kepada teknologi serta meningkatk­an kecekapan operasi, produktivi­ti dan perkhidmat­an kepada rakyat.

Beliau berkata farmasi dan pusat kesihatan yang berkelayak­an berpeluang mendapatka­n rebat geran hingga 50 peratus untuk perkhidmat­an ketersambu­ngan dan penyelesai­an e-Farmasi. — Bernama

 ?? ?? TERTARIK: Fahmi (dua kiri) mengikuti taklimat penyelesai­an e-Farmasi perkhidmat­an penjagaan kesihatan elektronik generasi baharu daripada TM di TM Digital Academy, Universiti Multimedia semalam. Turut sama Mohamad Fauzi (kiri).
TERTARIK: Fahmi (dua kiri) mengikuti taklimat penyelesai­an e-Farmasi perkhidmat­an penjagaan kesihatan elektronik generasi baharu daripada TM di TM Digital Academy, Universiti Multimedia semalam. Turut sama Mohamad Fauzi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia