Utusan Borneo (Sarawak)

Nigeria ikrar enggan bayar wang tebusan kepada penculik pelajar

-

Presiden Nigeria mengarahka­n pasukan keselamata­n supaya tidak membayar wang tebusan bagi pembebasan lebih 250 pelajar sekolah yang diculik oleh lelaki bersenjata pada minggu lepas, kata menteri maklumat di negara itu kelmarin.

Ahli keluarga berkata penculik menuntut jumlah wang yang besar bagi kepulangan pelajar yang diculik dari sekolah mereka di perkampung­an Kuriga di barat laut Wilayah Kaduna pada Khamis lepas.

Kumpulan penjenayah sering melakukan penculikan beramai-ramai di barat laut Nigeria, menyasarka­n sekolah, kampung dan lebuh raya.

Sejak tiga tahun lepas, ratusan pelajar telah diculik.

Hampir semua telah dibebaskan dengan pembayaran wang tebusan selepas dalam tawanan selama berminggum­inggu atau berbulan-bulan di kem penjahat yang tersembuny­i dalam hutan.

Mangsa penculikan di Nigeria selalunya dibebaskan selepas rundingan dengan pihak berkuasa, walaupun pihak berkuasa menafikan wang tebusan telah dibayar.

Untuk mengekalka­n ketegasan rasmi kerajaan, menteri Mohammed Idris berkata Presiden Bola Ahmed Tinubu meminta anggota tentera yang mencari pelajar agar memastikan “tiada wang yang dibayar”.

“Presiden memberitah­u beberapa agensi keselamata­n bahawa adalah sangat penting untuk memastikan kanakkanak ini dan semua yang diculik dibawa pulang dengan selamat,” Idris memberitah­u wartawan selepas mesyuarat kabinet di ibu negeri Abuja.

Beliau berkata beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) telah menawarkan untuk membantu usaha pencarian namun kerajaan “masih meneliti” tawaran ini.

AS tidak mengesahka­n perkara ini atau memberikan maklumat.

Beberapa keluarga dan seluruh komuniti telah mengumpulk­an wang simpanan mereka untuk membayar wang tebusan, namun undang-undang 2022 melarang memberikan wang kepada penculik.

Banyak keluarga berkata mereka hanya mempunyai sedikit kepercayaa­n terhadap pihak berkuasa dan berasakan mereka tidak mempunyai pilihan.

Pihak berkuasa berkata anggota tentera sedang menggeleda­h hutan untuk menyelamat­kan pelajar Kuriga, namun keluarga mengeluh bahawa hanya sedikit maklumat yang diperolehi sejak kejadian penculikan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia