Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang pejuang Hamas syahid dalam serangan Israel di Lubnan

- AFP. — AFP

Kumpulan pejuang Palestin Hamas berkata seorang anggotanya terkorban dalam serangan Israel di selatan Lubnan kelmarin, yang menurut laporan media negara telah membunuh tiga orang.

Hamas berkata lelaki yang terkorban ialah Hadi Mustafa, anggota sayap bersenjata di Lubnan dari kem pelarian Palestin Rashidiyeh, dekat dengan bandar pesisiran pantai Tyre.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mengaku telah melancarka­n serangan di kawasan Tyre. Ia mendakwa

Mustafa adalah seorang “operatif ketara” di sebalik serangan ke atas sasaran Israel dan Yahudi di seluruh dunia.

Seorang jurugambar AFP melihat rangka kereta yang hangus dijilat api berhampira­n kem.

Agensi Berita Negara di Lubnan melaporkan tiga orang terkorban dalam serangan, termasuk seorang rakyat Syria yang melalui kawasan itu dengan menunggang motosikal.

Sejak peperangan meletus antara Hamas dan Israel pada 7 Oktober, sekutunya di Lubnan

Hizbullah telah berbalas serangan hampir setiap hari dengan Israel, sementara kumpulan rakyat Palestin di Lubnan turut mengakui serangan yang merentasi sempadan.

Satu serangan pada Januari, yang menurut seorang pegawai tentera AS telah dilakukan oleh Israel, membunuh timbalan ketua Hamas Saleh al-Aruri dan enam pengikutny­a di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

Aruri merupakan figur berprofil tinggi Hamas yang terkorban ketika peperangan.

Pada Februari, sumber keselamata­n memberitah­u AFP seorang pegawai kanan Hamas terselamat dalam serangan di selatan Beirut.

Israel kerap menyerang sasaran di wilayah Lubnan dalam respons kepada tembakan yang merentasi sempadan.

Serangan Israel di timur Lubnan membunuh dua anggota Hizbullah pada Selasa.

Sejak ketegangan bermula, sekurang-kurangnya 322 orang terkorban di Lubnan, kebanyakan­nya pejuang Hizbullah dan juga 56 orang awam, menurut kiraan rasmi

 ?? — Gambar AFP ?? MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan api yang menyelubun­gi sebuah kereta selepas serangan tentera Israel di kawasan selatan Lubnan, Naqoura, yang berhampira­n dengan sempadan Israel kelmarin.
— Gambar AFP MARAK: Anggota bomba cuba memadamkan api yang menyelubun­gi sebuah kereta selepas serangan tentera Israel di kawasan selatan Lubnan, Naqoura, yang berhampira­n dengan sempadan Israel kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia