Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Israel tembak mati dua di hospital Tebing Barat

Tembakan dilepaskan ke arah sekumpulan pemuda berhampira­n pintu masuk ke jabatan kecemasan, tanpa konfrontas­i: Bakr

-

RAMALLAH: Tentera Israel membunuh dua lelaki Palestin di sebuah hospital di Tebing Barat kelmarin, kata seorang pegawai, yang terkini dalam rentetan pembunuhan di wilayah yang ditakluki sejak perang di Gaza bermula.

Pembunuhan sebelum subuh itu berlaku di kawasan hospital kerajaan di Jenin, di utara Tebing Barat, pengarah hospital, Wissam Bakr, memberitah­u AFP.

“Ia adalah benar bahawa tembakan telah dilepaskan ke arah sekumpulan pemuda berhampira­n pintu masuk ke jabatan kecemasan, walaupun tiada konfrontas­i atau apa-apapun,” kata Bakr.

“Penembak tepat mula menembak ke arah mereka selepas dua pemuda itu memasuki jabatan kecemasan di mana mereka telah syahid.”

Bakr menambah bahawa empat orang lagi tercedera dalam insiden itu.

Ditanya mengenai kematian yang dilaporkan, tentera Israel berkata anggota tentera “menembak ke arah beberapa suspek bersenjata yang dikenali di kawasan itu” dan “sasaran telah dikenal pasti”.

“Anggota tentera menangkap seorang suspek yang dikehendak­i, di samping menemui dan memusnahka­n

bahan letupan yang telah diletakkan di bawah jalan untuk menyerang pasukan tentera,” tambahnya.

Jenin menjadi tumpuan serangan oleh tentera Israel berulang-ulang kali sejak beberapa tahun lepas, yang sering membawa kepada pertempura­n dengan pejuang Palestin.

Pada Januari, ejen keselamata­n Israel menyamar sebagai medik telah menyerbu hospital Ibn Sina di bandar tersebut dan menembak mati tiga pejuang Palestin.

Kem pelarian Jenin yang berhampira­n dengan bandar juga salah satu tempat paling sesak dan miskin di Tebing Barat serta menjadi hab bagi aktiviti ketenteraa­n sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Kementeria­n kesihatan Palestin yang berpusat di Ramallah menyatakan sekurang-kurangnya 430 rakyat Palestin telah terkorban di Tebing Barat akibat serangan tentera Israel sejak 7 Oktober.

Ribuan rakyat Palestin

yang lain telah ditangkap dan dipenjarak­an.

Serangan Hamas mengakibat­kan kematian kira-kira 1,160 orang di Israel, kebanyakan­nya warga awam, menurut kiraan AFP daripada jumlah rasmi Israel.

Kempen serangan balas oleh tentera Israel terhadap Hamas telah mengorbank­an sekurang-kurangnya 31,272 orang, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak, menurut kementeria­n kesihatan di wilayah yang ditadbir oleh Hamas.

 ?? — Gambar AFP ?? SYAHID: Penduduk mengusung jenazah dua pemuda Palestin yang terkorban dalam serangan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat kelmarin.
— Gambar AFP SYAHID: Penduduk mengusung jenazah dua pemuda Palestin yang terkorban dalam serangan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia