Utusan Borneo (Sarawak)

Anak hilang: Wanita Afrika Selatan gugur rayuan untuk ikat jamin

-

Ibu kepada seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang hilang dan didakwa dengan pemerdagan­gan serta penculikan telah menggugurk­an rayuannya untuk ikat jamin kelmarin, dalam kemelut terkini bagi satu kes yang membelengg­u Afrika Selatan.

Pihak polis menembak gas pemedih mata dan grenad pegun ketika ketegangan memuncak di kalangan penunjuk perasaan di luar mahkamah di Vredenburg semasa perkembang­an terbaru dalam kes kehilangan Joshlin Rachelin Smith.

Pada minggu lepas, polis menahan ibu kanak-kanak perempuan berusia 33 tahun Racquel Smith, bersama dengan tiga orang lagi, termasuk teman lelaki Smith – ketika laporan media tempatan menuduh mereka telah menjual budak perempuan itu.

Spekulasi mengenai pembeli tertumpu kepada seorang bomoh tradisiona­l, dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai “sangoma” yang ditangkap dan kemudian dibebaskan tanpa dakwaan pada Rabu lepas.

Berita itu disambut dengan sorakan oleh segelintir penunjuk perasaan, yang melihatnya sebagai kambing hitam.

Tiga suspek lagi masih ditahan reman. Mereka menggugurk­an rayuan untuk ikat jamin, mencadangk­an mereka mungkin telah bersedia untuk membincang­kan satu rayuan dengan pihak pendakwa raya.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu telah hilang selama hampir sebulan di Saldanha Bay, sebuah bandar nelayan 135 kilometer (80 batu) di utara Cape Town.

Sekeping gambar menunjukka­n matanya berwarna hijau terang, senyuman lebar dan ikatan rambut coklat membanjiri Internet. Di sebalik kemarahan umum dan operasi pencarian besarbesar­an, namun dia masih belum ditemui.

Pakaian dipercayai sebagai milik Joshlin telah ditemui dan dihantar bagi pemeriksaa­n DNA, menurut pegawai polis.

Afrika Selatan mempunyai salah satu kadar jenayah paling tinggi di dunia dan penculikan kanak-kanak sedang meningkat.

Tarikh perbicaraa­n kes tersebut ditangguhk­an sehingga 13 Mei. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG: Penunjuk perasaan memegang gambar Joshlin yang dilaporkan hilang ketika berhimpun di luar Mahkamah Majistret Vredenburg kelmarin.
— Gambar AFP HILANG: Penunjuk perasaan memegang gambar Joshlin yang dilaporkan hilang ketika berhimpun di luar Mahkamah Majistret Vredenburg kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia