Utusan Borneo (Sarawak)

Sancho teruja bantu Dortmund raih kemenangan

- — AFP

DORTMUND: Pemain sayap Borussia Dortmund, Jadon Sancho berkata, "tiada perasaan yang lebih baik" selepas jaringanny­a membantu memastikan kemenangan 2-0 ke atas PSV Eindhoven dan pasukannya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara semalam.

Pemain pinjaman Manchester United itu membuka jaringan pada minit ketiga, gol pertamanya di hadapan 82,000 penyokong Dortmund, di tempat sendiri sejak Mei 2021.

Marco Reus menambah gol pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan, Dortmund mara menerusi agregat 3-1, sekali gus mara ke peringkat lapan akhir buat kali pertama sejak 2021. “Ia melegakan. Saya rasa seperti semua pemain,kita mahu memulakan permainan dengan baik - dan tiada perasaan yang lebih baik

daripada itu,” kata Sancho kepada TNT Sports.

“Saya bersyukur kerana saya boleh mendapatka­n gol untuk pasukan.

“Kami tahu ia akan menjadi sukar, tetapi saya rasa kami mempunyai kelebihan kerana kami bermain di hadapan penyokong tuan rumah kami.”

Sancho, 23, mempunyai musim suram di Manchester United dan telah dipaksa untuk berlatih jauh dari pasukan utama setelah tidak disenangi oleh jurulatih Erik ten Hag.

Hanya membuat tiga penampilan dalam Liga Perdana musim ini, pemain sayap itu tiba di Dortmund untuk tempoh kedua di kelab itu pada Januari dengan pinjaman selama enam bulan.

Dia hadir ke perlawanan

dengan berkata dia boleh “faham peminat kecewa” dengan persembaha­nnya, tetapi kini telah menjaringk­an dua gol dalam dua perlawanan.

“Saya sentiasa ada tempat istimewa untuk Borussia Dortmund,” kata Sancho semalam.

“Di sinilah saya mencipta nama saya. Saya perlu berterima kasih kepada mereka dan rakan sepasukan kerana mempercaya­i saya.

“Saya gembira kami mendapat kemenangan hari ini.”

Jurulatih Dortmund, Edin Terzic, yang melatih Sancho semasa tempoh pertama pemain Inggeris itu di Jerman, memuji pemain sayap itu.

“Saya gembira untuk Jadon kerana dia menjaringk­an gol. Dia mempamerka­n permainan yang sangat hebat,” kata

Terzic kepada pemberita.

“Saya rasa hari ini Jadon menunjukka­n prestasi terbaiknya sejak dia kembali kepada kami.”

Terzic berkata Dortmund dan Sancho diberi ganjaran atas kesabaran mereka.

“Hanya tujuh hari lalu, semua orang bertanya ‘Apa yang berlaku dengan Jadon, mengapa dia tidak menjaringk­an gol?’

“Sekarang dia mempunyai dua gol.”

Sancho digantikan semasa perlawanan berbaki 15 minit sambil memegang pahanya, berkata: “Saya merasakan sesuatu dan saya tidak mahu mengambil risiko.

“Kami akan membuat pemeriksaa­n dan muda

h-mudahan tiada apa-apa.”

 ?? — Gambar AFP ?? SANCHO
SENGIT: Penyerang PSV Luuk De Jong (kiri) dan pemain pertahanan Dortmund Mats Hummels bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Borussia Dortmund dan PSV Eindhoven di stadium Signal Iduna di Dortmund, Jerman kelmarin.
— Gambar AFP SANCHO SENGIT: Penyerang PSV Luuk De Jong (kiri) dan pemain pertahanan Dortmund Mats Hummels bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Liga Juara-Juara di antara Borussia Dortmund dan PSV Eindhoven di stadium Signal Iduna di Dortmund, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia