Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico bangkit, meneruskan kemaraan

Mengatasi Inter menerusi kemenangan penalti 3-2 untuk ke suku akhir Liga Juara-Juara

- Jan Oblak Penjaga gol Atletico Madrid — AFP

MADRID: Atletico Madrid bangkit daripada ketinggala­n dua gol secara agregat menentang Inter Milan untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan penalti penentuan 3-2 yang mendebarka­n semalam.

Ketinggala­n satu gol selepas perlawanan pertama bulan lalu, Atletico kelihatan mati dan terkubur apabila Federico Dimarco menjaringk­an gol pembukaan untuk Inter di Estadio Metropolit­ano.

Tetapi Antoine Griezmann segera mendapatka­n gol untuk tuan rumah dan tiga minit sebelum tamat 90 minit, pemain gantian Memphis Depay menyamakan kedudukan pada masa tambahan menjadikan skor 2-2 dengan penyudah sudut rendah yang cantik.

Itu menyebabka­n perlawanan dibawa ke penalti penentuan yang berakhir dengan Inter terlepas tiga daripada lima penalti mereka, penyerang bintang Lautaro Martinez membuka laluan ke lapan akhir kepada Atletico apabila dia tersasar sepakan penalti.

“Saya fikir penalti adalah loteri. Hari ini nasib baik saya menghentik­an dua cubaan,” kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak, yang menyelamat­kan sepakan penalti daripada Alexis Sanchez dan Davy Klaassen.

“Bukan mudah untuk menghentik­an penalti. Kadang-kadang ia kelihatan mudah tetapi tidak.”

“Saya sangat, sangat gembira untuk pasukan kerana saya fikir kami mempamerka­n perlawanan yang hebat,” tambahnya. “Kami bermain dengan baik. Mungkin pada bulan lepas kami tidak berada dalam keadaan yang baik tetapi kami menunjukka­n kami boleh melakukan lebih banyak lagi.”

Kedua-dua melangkah masuk dalam bentuk yang lebih berbeza, Inter telah memenangi 13 perlawanan sejak awal 2024 manakala Atletico hanya memenangi satu daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Bagaimanap­un ia pertanding­an yang sengit dan menarik di ibu negara Sepanyol di mana Atletico berusaha keras untuk menang dan kedua-dua pihak mencipta peluang.

Kelebihan di tempat sendiri ternyata penting buat Atletico yang telah memenangi 19 daripada 21 perlawanan mereka di Metropolit­ano dalam semua pertanding­an.

Atletico juga tidak tewas dalam 17 perlawanan kalah mati di halaman sendiri dalam Liga Juara-Juara dan di hadapan penonton yang bersemanga­t, mereka bangkit daripada kedudukan yang kelihatan mustahil menentang pendahulu Serie A, Inter.

Depay melakukan rembatan kuat yang terkena palang beberapa minit sebelum jaringanny­a membawa ke masa tambahan 30 minit manakala Rodrigo Riquelme mensia-siakan peluang keemasan untuk menyambar kedudukan untuk Atletico tanpa memerlukan masa tambahan.

Inter sementara itu mensia-siakan dua peluang besar pada masa rehat, sementara Atletico mengasak untuk mencari gol kedua mereka, kedua-dua Marcus Thuram dan Nicolo Barella membazirka­n peluang untuk mengikat kedudukan.

Inter kendalian Simone Inzaghi kini mengalihka­n perhatian mereka kembali untuk memenangi kejuaraan Serie A ke-20 mereka sementara Atletico menunggu keputusan perlawanan Jumaat untuk mengetahui lawan pusingan

lapan akhir di Nyon.

“Sebaik sahaja kami mendahului kami perlu menjadi lebih baik, untuk mengekalka­n kelebihan yang diberikan Dimarco kepada kami,” kata Inzaghi.

“Pada ketika itu perlawanan kelihatan dalam tangan kami tetapi sebaliknya mereka kembali ke dalam permainan.”

Inter, yang mensia-siakan beberapa siri peluang untuk memperoleh kelebihan dalam perlawanan pertama, kini berkelebih­an 16 mata di hadapan AC Milan dengan baki 10 perlawanan liga.

Ia perlawanan rantak pantas dari awal ketika Atletico serta-merta berusaha untuk menyamakan kedudukan dengan asakan agresif.

Samuel Lino melepasi sayap kiri dan menguji Yann Sommer pada minit kelima sebelum rakannya Denzel Dumfries memaksa Oblak melakukan dua penyelamat­an.

Inter terus mengancam pada masa rehat dan dengan pertukaran hantaran pantas,

pasukan pelawat mendahului, Dimarco dengan yakinnya menjaringk­an gol pertama daripada hantaran kemas Barella.

Bagaimanap­un, sambutan Inter hampir serta-merta terhenti apabila Griezmann menerkam bola hantaran Koke, menepis dua pemain pertahanan Inter, menjadikan jumlah gol rekodnya untuk kelab kepada 176.

Griezmann memaksa Sommer untuk menyelamat­kan sejurus selepas rehat ketika Atletico sekali lagi menghantar Inter ke kawasan mereka sendiri.

Thuram tersasar selepas diberi lorongan sempurna oleh Martinez, menyebabka­n Inzaghi mengamuk di tepi padang, sebelum Barella merembat lemah ke arah Oblak dalam kedudukan yang sama.

Depay kemudianny­a menyerang dan semua momentum yang telah dibina kini pergi ke arah Atletico, akhirnya membawa kepada kemenangan yang menggembir­akan.

“Saya fikir penalti adalah loteri. Hari ini nasib baik saya menghentik­an dua ” cubaan.

 ?? — Gambar AFP ?? TERBANG DI UDARA: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Atletico Madrid dan Inter Milan di stadium Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.
— Gambar AFP TERBANG DI UDARA: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Atletico Madrid dan Inter Milan di stadium Metropolit­ano di Madrid, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia