Utusan Borneo (Sarawak)

Temu bual Hojlund dengan peminat Man Utd cetus reaksi luar biasa, terima ugutan bunuh

- — AFP

Temu bual pemain Manchester United Rasmus Hojlund dengan saluran peminat Manchester United telah mencetuska­n reaksi luar biasa yang membawa kepada ancaman bunuh dan siasatan polis.

Hojlund bercakap kepada The United Stand bulan lalu, memenuhi janji yang dibuat penyerang Denmark itu selepas dia melengkapk­an perpindaha­n 72 juta pound ke Old Trafford pada musim panas.

Beberapa rakan sepasukan Hojlund dilaporkan tidak berpuas hati dengan keputusann­ya untuk ditemu bual oleh pemilik dan penyampai saluran itu, Mark Goldbridge kerana saluran itu mengkritik keras pemain-pemain United.

Sejak itu, United Stand menerima ugutan bunuh dan penyokong memberi amaran kepada Goldbridge bahawa dia seorang ‘orang mati berjalan’ dan mengancam untuk mencederak­annya jika dia muncul di Old Trafford.

Hantaran di media sosial turut menyebut ahli kakitangan lain dan lokasi sebenar studio itu. Pihak polis telah dipanggil kelmarin manakala keselamata­n juga telah dipertingk­atkan.

Kenyataan daripada Polis Greater Manchester berbunyi: “Pegawai kami telah bercakap dengan mangsa dan maklumat yang berkaitan telah diserahkan kepada polis. Pada peringkat ini, siasatan sedang dijalankan.”

The United Stand ialah saluran peminat yang paling banyak ditonton kelab itu, membina seramai 1.83 juta pengikut dunia di YouTube dan 2.3 juta pengikut di Twitter, kini dikenali sebagai X, sejak ia dilancarka­n oleh Goldbridge sedekad lalu.

Walaupun kakitangan yang bekerja di saluran itu telah terbiasa dengan cemuhan dalam talian, ancaman terkini mengejutka­n mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Mail Sport, Goldbridge berkata: “Saya benar-benar faham bahawa bola sepak ialah sukan yang bersemanga­t tinggi dan ia boleh memecah belah, dan orang ramai bebas membuat keputusan dan mempunyai pendapat tentang kandungan dalam talian yang mereka saksikan.

“Bagaimanap­un, ancaman yang ditujui kepada beberapa kakitangan kami pada hujung minggu tadi adalah amat perit untuk disaksikan. Mengancam nyawa orang sekali lagi menyerlahk­an mentaliti kumpulan jahat yang wujud di media sosial.”

Seorang pengikut The United Stand sejak dari zaman kanak-kanak, Hojlund yang berusia 21 tahun telah faham mengapa sebilangan rakan sepasukann­ya tidak berpuas hati dengan temu bual itu dan dia tidak bermaksud untuk mengecewak­an mereka - walaupun isu itu telah menjadi bahan gurauan di bilik persalinan dan tidak menimbulka­n sebarang ketegangan antara pemain.

Saluran itu juga mendapat pandangan yang berbelah bahagi dalam kalangan peminat United kerana pendekatan mereka yang kasar dan kelancanga­n mulut Goldbridge.

United tahu The United Stand terkenal dalam pasaran media moden dan kelab sekali-sekala melibatkan diri dengan mereka dan memberikan sedikit akses. Hojlund bukanlah pemain pertama yang menjalanka­n temu duga dengan mereka. Kelab menyedari perasaan tegang yang wujud dan akan terus mempertimb­angkan hubungan dengan saluran itu.

Sementara itu, Hojlund bersedia untuk kembali beraksi pada suku akhir Piala FA menentang Liverpool di

Old Trafford Ahad ini selepas terlepas empat perlawanan terakhir akibat kecederaan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia