Utusan Borneo (Sarawak)

Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara

-

KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan A. Arulselvar­aj berharap penggantin­ya Sarjit Singh akan meneruskan aspek sains sukan yang diketengah­kan dalam pasukan itu.

Arul yang mengemudi Speedy Tigers bermula September 2020 sehingga Januari lepas berkata, banyak elemen sains sukan telah diperkenal­kannya bagi meningkatk­an prestasi dengan harapan skuad negara mampu bersaing dengan pasukan hoki terbaik dunia.

“Saya membawa banyak elemen sains sukan di luar hoki. Ia satu proses, sains sukan adalah kunci pada masa sekarang, lihatlah pasukan terbaik antarabang­sa.

“Kita kenal Sarjit sebagai seorang pemain yang berkarisma baik. Beliau bersemanga­t, walaupun berusia 62 tahun, masih berlari dan bermain serta berjuang untuk pemain, semoga Sarjit berjaya,” kata Arul yang kontraknya berakhir selepas Speedy Tigers gagal layak ke Olimpik Paris 2024.

Arul turut menzahirka­n penghargaa­n kepada bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menyediaka­n kemudahan gimnasium mini buat Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ketika mereka menghadapi masalah berkaitan ruang gimnasium.

Sementara itu Arul juga berharap fraterniti hoki memberikan sokongan penuh kepada skuad negara dan Sarjit.

“Budaya harus berubah, terutama bekas jurulatih dan pemain perlu bersamasam­a menyokong Sarjit dan pasukan kebangsaan. Budaya membuat komen negatif perlu dihentikan.

“Peminat juga perlu berhenti meminta Presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) dan pihak pengurusan MHC (Konfederas­i Hoki Malaysia) meletak jawatan jika pasukan tidak mencapai sasaran.

Ia tidak masuk akal kerana hasil ditentukan oleh pemain di padang, sama ada mereka memanfaatk­an atau melepaskan peluang pada saatsaat penting,” katanya.

Speedy Tigers gagal mengakhiri kemarau lebih dua dekad layak ke sukan Olimpik dengan kali terakhir muncul dalam edisi Sydney 2000, selepas melepaskan peluang pada dua kejohanan kelayakan.

Pada Sukan Asia Hangzhou tahun lepas yang menawarkan slot Olimpik untuk pemenang pingat emas, pasukan negara gagal melepasi peringkat kumpulan selepas mengalahka­n Thailand 9-0, Oman 11-1 dan Indonesia 9-2, tetapi kalah 4-3 kepada Korea Selatan dan terikat 4-4 dengan tuan rumah China untuk menduduki tempat ketiga dalam kumpulan (hanya dua teratas mara).

Pada Kelayakan di Muscat, Oman dari 13-21 Jan lepas, peluang terakhir ke Sukan Olimpik, Malaysia menduduki tempat terakhir dalam kumpulan selepas tumbang 2-3 kepada China, 1-4 menentang Great Britain dan terikat 3-3 dengan Pakistan, sekali gus terlepas peluang mara ke separuh akhir dengan hanya tiga pasukan teratas dalam kejohanan memperoleh kelayakan ke Paris. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia