Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe komited, pamer aksi cemerlang

Kembali dalam kesebelasa­n utama, menjaringk­an gol ketika PSG menewaskan Nice 3-1 pada suku akhir Piala Perancis

-

PARIS: Kylian Mbappe kembali ke dalam kesebelasa­n utama dan menjaringk­an gol ketika Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Nice 3-1 pada suku akhir Piala Perancis.

Hanya digunakan sebagai pemain gantian dalam keputusan seri 2-2 dengan Reims dalam Ligue 1 hujung minggu lalu, Mbappe dipanggil semula oleh jurulatih Luis Enrique.

Dia membuahkan hasil dengan membuka jaringan pada minit ke-14 di Parc des Princes, dan Fabian Ruiz tidak lama kemudian menggandak­an pendahulua­n pasukan tuan rumah.

Gaetan Laborde membalas satu gol untuk Nice sebelum rehat, tetapi gol pertama PSG oleh pemain pertahanan Brazil Lucas Beraldo mengesahka­n kemenangan pada sejam perlawanan.

Sepuluh mata di hadapan di puncak Ligue 1 dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, keputusan itu bermakna PSG kekal berpeluang untuk memenangi kesemua gelaran itu musim ini.

“Pasukan ini jelas sudah bertambah baik dan saya fikir kami akan terus berkembang,” kata Luis Enrique.

“Kami berada dalam detik penting musim ini dan kami masih hidup dalam setiap pertanding­an. Kami perlu kekal merendah diri dan cuba untuk menjadi lebih kompetitif, tetapi kami berada dalam prestasi yang hebat.”

Pasukan ibu negara itu, yang mencatatka­n 14 kemenangan Piala Perancis, kini

akan menentang Rennes di tempat sendiri pada separuh akhir pada 3 April, dengan Lyon melayan kunjungan pasukan divisyen dua, Valencienn­es dalam perlawanan lain sehari lebih awal.

PSG telah memenangi pertanding­an itu enam kali dalam sedekad yang lalu tetapi gagal melakukann­ya dalam mana-mana dalam dua tahun terakhir ini. Perlawanan akhir tahun ini akan berlangsun­g di Lille pada 25 Mei.

Mbappe sama ada telah bermain di bangku simpanan atau digantikan dalam setiap empat perlawanan Ligue 1 PSG sejak dia memaklumka­n kelab mengenai hasratnya untuk pergi apabila kontraknya tamat pada penghujung musim.

Bagaimanap­un, dia memainkan peranan utama ketika pasukan milik Qatar itu menewaskan Real Sociedad dalam pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara, dan Luis Enrique telah menyatakan

bahawa dia juga akan terus menurunkan kapten Perancis itu dari awal dalam pertanding­an kalah mati domestik.

Penggilira­n skuad jurulatih itu telah menjadi tajuk utama dalam beberapa minggu kebelakang­an ini yang kurang menggunaka­n meluaskan kelebihan mereka sejurus selepas setengah jam.

Penjaga gol Nice, Marcin Bulka bercelaru ketika menyambut hantaran belakang daripada rakan sepasukann­ya di bawah tekanan Ousmane Dembele, yang merampas bola dan melorongny­a untuk Ruiz menjaringk­an gol.

Nice milik Ineos adalah satu-satunya pasukan yang telah menewaskan PSG di peringkat domestik musim ini, setelah menang 3-2 di Parc des Princes pada September.

Duduk di tangga kedua dalam Ligue 1 pada pertengaha­n musim ini, cabaran mereka di bahagian atas carta telah pudar apabila belum menang dalam enam perlawanan.

Mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-37 apabila Gaetan Laborde mengawal dan merembat masuk selepas kerjasama yang baik oleh Jeremie Boga.

Namun begitu, PSG dengan menamatkan sebarang hasrat kebangkita­n Nice pada minit 60 apabila hantaran lintang Vitinha ditanduk masuk oleh Beraldo.

Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu menjadi pemain tetap di Paris sejak tiba dari Sao Paulo pada Januari.

Tidak lama selepas itu, sepakan percuma Lee Kangin ditepis oleh Bulka, yang memerlukan rawatan panjang selepas mukanya terkena lutut Ramos dan mengalami hidung berdarah.

 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Penyerang Goncalo Ramos (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Nice Dante (kiri) pada perlawanan suku akhir Piala Perancis di antara PSG dan Nice di stadium Parc des Princes, di Paris, kelmarin.
— Gambar AFP LINCAH: Penyerang Goncalo Ramos (tengah) bersaing mendapatka­n bola dengan pemain pertahanan Nice Dante (kiri) pada perlawanan suku akhir Piala Perancis di antara PSG dan Nice di stadium Parc des Princes, di Paris, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia