Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jambatan Btg Lupar 2 lancar

Pelaksanaa­n di tahap 42.65 peratus, dijangka siap pada Julai 2025: Uggah

- Oleh Jessica Jawing

Pelaksanaa­n projek Jambatan Batang Lupar 2 kini mengikut jadual dan dijangka siap pada Julai 2025.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek yang dilaksanak­an sejak Mac 2022 itu kini sudah mencapai 42.65 peratus tahap pelaksanaa­nnya dan 14 hari lebih awal daripada jadual.

Beliau berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM223.63 juta itu mempunyai menara kabel yang tertinggi di Malaysia iaitu 145.5 meter.

“Ia memendekka­n perjalanan antara Sri Aman dan Betong kepada 20 minit berbanding lebih satu jam sebelum ini apabila menggunaka­n Lebuh Raya Pan Borneo sejauh 75 kilometer.

“Kosnya adalah berjumlah RM223.6 juta dan kami sangat gembira dengan kemajuan projek setakat ini,” katanya yang turut mengadakan lawatan ke tapak projek bagi pemasangan kabel pertama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Pakej B2 Fasa 1 Cadangan Pembinaan Jalan Dari Jalan Kejatau Ke Jambatan Batang Lupar 2 di Sri Aman semalam.

Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata, apabila jambatan berkenaan siap kelak, ia membuka kawasan dari jambatan iaitu Sri Aman

ke Betong dan terus keluar ke Pan Borneo di Betong.

Katanya, Jambatan Batang Lupar 2 akan mempunyai tempat letak kereta serta kawasan rehat dan rekreasi mini untuk pengunjung.

Katanya, ia atas permintaan wakil rakyat tempatan di Bahagian itu.

Mengenai projek pembinaan jalan dari Jalan Kejatau ke Jambatan Batang Lupar 2 itu, Uggah berkata jalan yang bernilai RM154.8 juta itu akan memintas kawasan bandar ke jambatan.

“Kami menjangkak­an ia akan siap

menjelang Ogos 2026. Saya mahu JKR (Jabatan Kerja Raya) dan kontraktor melihat tarikh awal bertepatan dengan penyiapan Jambatan Batang Lupar 2.

“Kami mahu situasi di mana jambatan sudah siap, begitu juga jalan ini,” tegasnya.

Uggah berkata, JKR akan memantau pembinaan kedua-duanya, iaitu jambatan dan jalan berkenaan dengan teliti bagi memastikan ia siap seperti yang dijadualka­n atau lebih awal.

“Kami juga akan memantau pembinaan banyak lagi projek jalan

raya yang telah diluluskan oleh Agensi Pembanguna­n Sri Aman atau SADA,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Pengerusi Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Pengarah JKR Sarawak Datu Richard Tajan.

 ?? ?? UNTUK RAKYAT: Uggah bersama (dari kiri) Harden, Richard, Rohani serta yang lain semasa perasmian pemasangan kabel di tapak projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 di Sri Aman, semalam.
UNTUK RAKYAT: Uggah bersama (dari kiri) Harden, Richard, Rohani serta yang lain semasa perasmian pemasangan kabel di tapak projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 di Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia