Utusan Borneo (Sarawak)

29 notis dikeluar dalam Ops Ramadan 2024 di Daerah Kuching setakat 13 Mac

-

KUCHING: Sebanyak 29 notis dikeluarka­n terhadap pengendali makanan atas pelbagai kesalahan di bawah PeraturanP­eraturan Kebersihan Makanan 2009 hasil pemeriksaa­n ke atas 212 gerai jualan di daerah ini menerusi Ops Ramadan 2024 setakat 13 Mac.

Ops Ramadan 2024 di Daerah Kuching bermula pada 12 Mac melibatkan seramai 20 anggota dari Unit Keselamata­n Kualiti Makanan dan Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr Johnny Pangkas berkata, daripada 29 notis tersebut, sebanyak 19 notis melibatkan kesalahan tidak menggunaka­n pakaian pelindung diri dengan lengkap.

Manakala, empat notis bagi kesalahan tidak memakai pakaian yang bersih, sesuai dan wajar dan enam notis bagi kesalahan menggunaka­n aksesori perhiasan diri semasa mengendali­kan makanan.

“Itu antara notis-notis yang dikeluarka­n berkaitan dengan bazar Ramadan setakat ini.

“Kita juga sekarang memastikan pengendali makanan tidak menggunaka­n dawai kokot (stapler) untuk membungkus makanan.

“Kesalahan menggunaka­n dawai kokot boleh didenda sehingga RM10,000,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok di sini, semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 17 tapak bazar Ramadan yang beroperasi tahun ini dengan permit dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) akan dipantau Pejabat Kesihatan Bahagian

Kuching dari semasa ke semasa.

Ops Ramadan diadakan serentak di seluruh negara pada bulan Ramadan kali ini oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Aktiviti operasi melibatkan pemeriksaa­n premis serta pensampela­n makanan yang bermatlama­t untuk memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983.

Selain itu, kempen-kempen kesedaran berkaitan keselamata­n makanan kepada orang ramai, pengendali dan pengusaha premis turut giat dijalankan.

 ?? ?? SAMPAIKAN MESEJ: Dr Johnny menyerahka­n risalah berkaitan keselamata­n makanan kepada peniaga di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok.
SAMPAIKAN MESEJ: Dr Johnny menyerahka­n risalah berkaitan keselamata­n makanan kepada peniaga di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia