Utusan Borneo (Sarawak)

Gambaran di asrama SMK Tebedu tidak seperti yang ditularkan: Riot

-

Gambaran berhubung tilam dan bantal buruk di bilik asrama sebuah sekolah di Serian, tidak seperti yang ditularkan.

Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, beliau telah mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan semalam susulan apa yang ditularkan di asrama SMK Tebedu.

“Saya telah mengadakan lawatan untuk meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya.

“Setelah diberi taklimat dan melihat sendiri akan keadaan di asrama tersebut, saya dapati ia tidak seperti apa yang ditularkan iaitu tilam yang telah reput,” katanya menerusi catatan Facebook beliau, semalam.

Riot memberitah­u, gambar yang ditularkan itu merupakan tempat di mana tilamtilam lama disimpan sebelum dilupuskan.

Katanya, gambar seperti yang ditularkan iaitu tilam

yang telah reput bukanlah gambar di asrama atau untuk kegunaan asrama.

“Akan tetapi ia adalah gambar di setor yang merupakan tempat untuk penyimpana­n barangan untuk dilupuskan,” tegasnya.

Lawatan Riot ke sekolah

berkenaan diiringi Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Zamzaitul Akmal Hisham, Pegawai Pendidikan Daerah Serian Bunsie Tuntom, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pegawai Daerah Tebedu Joseph Liaw serta ketua-ketua masyarakat yang terdiri daripada penghulu dan ketua-ketua kaum.

Sebelum ini, portal Mstar pada Rabu melaporkan seorang bapa pelajar sekolah ketika menghantar anaknya ke asrama terkejut sebaik melihat keadaan bilik di asrama yang dihuni dua anak lelakinya masing-masing merupakan pelajar tingkatan satu dan tingkatan tiga.

Bapa pelajar itu memberitah­u, bukan sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian isi tilam berlubang dan terburai.

Bagaimanap­un kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, tilam dan bantal buruk di bilik asrama sebuah sekolah di Serian itu adalah barangan yang hendak dilupuskan.

Beliau berkata, barangan berkenaan masih menunggu surat kelulusan bagi tujuan pelupusan.

 ?? — Gambar Facebook Richard Riot ?? ELOK SAJA: Riot (duduk) bersama yang lain semasa mengadakan lawatan ke bilik asrama SMK Tebedu, semalam.
— Gambar Facebook Richard Riot ELOK SAJA: Riot (duduk) bersama yang lain semasa mengadakan lawatan ke bilik asrama SMK Tebedu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia