Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita kempunan miliki pikap, rugi RM18,090 gara-gara iklan tidak wujud

-

Hasrat seorang wanita untuk memiliki sebuah pikap tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM18,090 akibat terperdaya dengan iklan jualan kereta tidak wujud di laman Facebook, barubaru ini.

Ketua Polis Daeah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, mangsa, 25, yang merupakan seorang pegawai alam sekitar dari sebuah syarikat tempatan pada mulanya tertarik dengan sebuah iklan menjual kereta terpakai di Facebook dan menghubung­i pemilik akaun tersebut.

“Mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Andy Lau’ dan menyatakan minat untuk kereta jenis Mitsubishi Triton yang ditawarkan oleh suspek dengan harga RM28,900.

“Setelah bersetuju, suspek telah mengarahka­n mangsa membuat bayaran untuk urusan di Jabatan Pengangkut­an Jalan dan insurans kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, selepas membuat bayaran itu, mangsa pula dihubungi seorang lagi suspek yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Ryan’ untuk urusan pembayaran kos penghantar­an kenderaan.

Muhamad Rizal berkata, mangsa membuat bayaran keseluruha­n lima kali melibatkan empat akaun bank atas nama individu berlainan keseluruha­n berjumlah

RM18,090 dari tempoh 19 sehingga 23 Februari lalu.

“Mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila suspek masih lagi meminta bayaran untuk pelbagai tujuan sebelum membuat laporan polis pada 14 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai agar lebih berhati-hati dalam urusan pembelian barang yang ditawarkan dalam talian serta orang ramai boleh menghubung­i National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 sekiranya anda baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-wallet suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia