Utusan Borneo (Sarawak)

Nenek mengaku dera cucu didenda, kena bon berkelakua­n baik tiga tahun

-

Seorang wanita yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera cucunya, dijatuhi hukuman denda berjumlah RM10,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kapit, semalam.

Hakim Marutin Pagan yang mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Selimah Bilon, 54, terdahulu menjatuhka­n hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut mengenakan bon berkelakua­n baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh, selain menjalani khidmat masyarakat selama 100 jam.

Mengikut pertuduhan pertama, Selimah didakwa mendera mangsa berumur 14 tahun sehingga menyebabka­n kecederaan fizikal pada 27 Januari 2024, kira-kira jam 8.30 malam di sebuah bilik rumah panjang di Nanga Temalat, Song.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di sebuah lagi bilik di rumah panjang di Nanga Temalat, Song pada hari sama, kirakira jam 8.35 malam.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016), yang sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada 27 Jan 2024, lebih kurang 9.30 malam, bertempat di Klinik Kesihatan Daerah Song, pengadu telah membuat rawatan terhadap seorang pesakit kanak-kanak perempuan iaitu mangsa.

Hasil pemeriksaa­n mendapati pesakit mempunyai beberapa kesan luka pada dahi kiri, leher kanan dan kesan lebam pada leher. Pesakit menceritak­an kepada pengadu bahawa pelaku adalah neneknya sendiri.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pengadu yang membawa kepada penangkapa­n tertuduh bagi membantu siasatan.

Siasatan kemudian mendapati tertuduh adalah nenek kepada mangsa dan semasa kejadian, mangsa tinggal dengan tertuduh yang merupakan penjaga kepada mangsa.

Punca kejadian kerana tertuduh marah apabila mangsa tidak mempedulik­an tegurannya terhadap mangsa yang suka merayau ke rumah orang lain dan pada masa sama, meminta wang Bantuan Awal Persekolah­an sebanyak RM50.

Ini menyebabka­n tertuduh marah dan bertindak mencederak­an mangsa, di mana mangsa telah ditampar di pipi kanan, ditumbuk di dada kanan, rambutnya ditarik, dicakar di bawah leher kanan dan dahi kiri serta dicekik sehingga pengsan oleh tertuduh.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya David Bakit sementara tertuduh tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia