Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kehilangan tokoh hebat dengan pemergian Datu Thomas Akin: Gerawat

-

Sarawak kehilangan seorang tokoh hebat dalam bidang perundanga­n dengan pemergian Datu Thomas Akin Jelimin.

Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera itu meninggal dunia pada Selasa lalu pada usia 74 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, mendiang telah banyak menyumbang kepada negeri ketikaberk­hidmatdeng­anJabatan Peguam Besar Negeri.

“Saya mengenali beliau secara peribadi ketika beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Peguam Besar Negeri dan beliau seorang yang sangat berdedikas­i dan profesiona­l dalam tugasnya.

“Beliau kemudianny­a dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan Bumiputera, lantikan tertinggi bagi Mahkamah Bumiputera yang menunjukka­n keyakinan dan kepercayaa­n kerajaan serta komuniti kepada beliau.

“Seperti yang anda sendiri lihat, beliau mengabadik­an dirinya kepada kerajaan sehingga hari kematianny­a masih lagi dalam perkhidmat­an.

“Bagi saya, secara peribadi ini adalah hari yang sangat sedih dan saya berharap keluargany­a tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas upacara sembahyang pengebumia­n mendiang di Gereja St

Joseph di sini, semalam.

Selesai upacara sembahyang, jasad mendiang dibawa ke Perkuburan Katolik Paradisum di Batu 13 untuk disemadika­n.

Terdahulu anak sulung mendiang, Winnie Endun berkongsi memori bersama bapanya ketika hayatnya yang mengundang sebak hadirin bagi menyaksika­n perjalanan terakhir insan yang mereka kasihi itu.

Dalam pada itu, mendiang meninggalk­an seorang balu Datin Nancy Anyau dan tiga anak, seorang lelaki dan dua perempuan.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BANYAK BERJASA: Gerawat berbual dengan Nancy (tengah), isteri mendiang Thomas Akin sebelum jasadnya dibawa ke perkuburan untuk disemadika­n.
— Gambar Chimon Upon BANYAK BERJASA: Gerawat berbual dengan Nancy (tengah), isteri mendiang Thomas Akin sebelum jasadnya dibawa ke perkuburan untuk disemadika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia