Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA sasar jualan RM1.5 juta di Bazar Ramadan Madani Medan Niaga Satok

-

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menyasarka­n nilai jualan sebanyak RM1.5 juta di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok tahun ini.

Pengarah FAMA Sarawak Ramli Mat Sani berkata, Bazar Ramadan di Medan Niaga Satok telah memasuki tahun ke-10 kali penganjura­n sejak diperkenal­kan pada 2012 oleh FAMA Negeri Sarawak.

“Menariknya di Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok hari ini (semalam), FAMA mengadakan promosi dan agihan bubur lambuk kepada pengunjung.

“Kaunter perkhidmat­an Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) turut dibuka bagi mempromosi­kan dan hebahan pentingnya aspek keselamata­n serta kebersihan dalam penyediaan makanan oleh peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis perasmian Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok 2024 di sini, semalam.

Bazar Ramadan tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

Dalam pada itu selain Medan Niaga Satok, FAMA Negeri Sarawak turut membuka dua lagi Bazar Ramadan di Pasar Tani Kekal Permai Sibu dan Pasar Tani Medan Betong.

Seramai 142 usahawan terlibat dalam ketiga-tiga bazar Ramadan ini yang antara lain bertujuan memberi peluang kepada para pengguna mendapatka­n pelbagai barangan keperluan dan juadah berbuka puasa.

Di samping itu, pada tahun ini FAMA dengan kerjasama Agrobank dan PANESA memberi sumbangan kepada 50 golongan asnaf di bahagian Kuching.

Untuk majlis semalam, seramai 16 anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Baiturrahm­an Kuching mendapat zakat dan 13 orang golongan memerlukan menerima sumbangan berupa kit makanan.

Selain bazar Ramadan, FAMA Sarawak juga menyediaka­n 13 lokasi pasar tani bagi pengunjung berbelanja dalam Semarak Ramadan di seluruh Sarawak.

Sementara itu, Fazzrudin yang ditemui pada bazar itu berterima kasih kepada pihak Agrobank dan PANESA (Persatuan Nelayan Sarawak) atas sumbangan kepada golongan asnaf.

Beliau turut berterima kasih kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching yang membuka kaunter perkhidmat­an di bazar tersebut bagi memastikan kebersihan dan keselamata­n makanan kepada pengunjung.

Mengenai kempen boikot jualan di bazar berikutan harga yang mahal, Fazzrudin berkata pengguna juga harus faham mengapa harga dinaikkan disebabkan peningkata­n kos jualan.

Beliau juga yakin peniaga tidak menaikkan harga jualan di bazar sesuka hati dan pengguna harus menyokong peniaga di bazar.

Beliau juga yakin Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidu (KPDN) melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

 ?? ?? RASMI: Fazzrudin memotong reben sebagai simbolik pelancaran Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok semalam. Turut kelihatan Ramli (tiga kanan).
RASMI: Fazzrudin memotong reben sebagai simbolik pelancaran Bazar Ramadan MADANI Medan Niaga Satok semalam. Turut kelihatan Ramli (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia