Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar tambang bas ekspres di Sarawak untuk Aidilfitri, kekal

Keputusan diambil sama seperti sebelum TBC yang lalu: Kong

- Oleh Patricia Gari Michael Kong Feng Nian Pengerusi LPKP Sarawak

Tidak akan ada peningkata­n (kadar tambang bas ekspres bagi kategori perkhidmat­an ekonomi) di Sarawak.

KUCHING: Kadar tambang bas ekspres kategori perkhidmat­an ekonomi di Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang tidak dinaikkan.

Perkara itu dimaklumka­n Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sarawak Michael Kong Feng Nian kepada Utusan Borneo semalam.

“Tidak akan ada peningkata­n (kadar tambang bas ekspres bagi kategori perkhidmat­an ekonomi) di Sarawak,” katanya.

Menjelas lanjut, Kong berkata sebelum ini isu kenaikan kadar tambang bas ekspres dibangkitk­an Persatuan Syarikat Pengangkut­an Bas Sarawak (SBTCA) sebelum sambutan Tahun Baharu Cina yang lalu.

Bagaimanap­un ujarnya, LPKP memutuskan langkah itu tidak sesuai dilaksanak­an di Sarawak.

“Perkara ini telah dibangkitk­an oleh SBTCA sebelum Tahun Baharu Cina tetapi diputuskan ia tidak sesuai dilaksanak­an di Sarawak.

“Keputusan sama turut diguna pakai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya sambil menambah, LPKP telah memaklumka­n perkara itu kepada SBTCA secara bertulis.

Kelmarin, Kong memberitah­u Utusan Borneo satu pertemuan dengan SBTCA pada Isnin depan bagi membincang­kan perkara itu, namun berdasarka­n perkembang­an terkini, kadar tambang bas ekspres bagi perkhidmat­an ekonomi kekal.

Baru-baru ini, Jemaah Menteri persekutua­n telah meluluskan kenaikan 10 peratus kadar tambang bagi perkhidmat­an ekonomi bagi tempoh 4 hingga 17 April depan.

Terdahulu, Bernama melaporkan Agensi Pengangkut­an Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumka­n Jemaah Menteri telah meluluskan surcaj musim perayaan sebanyak RM0.009 sekilomete­r (skm).

Menurut APAD, pelaksanaa­n surcaj itu akan meningkatk­an kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.

 ?? KONG ??
KONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia