Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an buat video ACCCIS peluang terbaik promosi Sarawak

-

Pertanding­an membuat video anjuran Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sarawak (ACCCIS) menyediaka­n peluang terbaik untuk bakat tempatan mempromosi Sarawak.

Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung berkata, ia bukan sahaja dapat mempamerka­n bakat peserta, malah menjadi medium untuk mempamerka­n keindahan Sarawak.

“Melalui lensa mereka, para peserta boleh mempromosi­kan Sarawak dengan bersungguh-sungguh dan menarik lebih ramai orang untuk menerokai keajaibann­ya.

“Memandangk­an orang ramai pada masa ini terutamany­a mendapatka­n maklumat perjalanan melalui platform dalam talian, video pendek ini mempunyai potensi besar untuk disebarkan sekali gus membolehka­n untuk promosi daya tarikan Sarawak dengan lebih meluas,” katanya.

Kong berkata demikian pada majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an video pendek Pelanconga­n Sarawak ‘The Heartbeat of Sarawak’ di Hab Inovasi KCGC Kuching, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira mengenai peruntukan RM252 juta dalam bajet Sarawak 2024 untuk projek pelanconga­n, rancangan serta operasi, pemasaran dan promosi.

Tambahnya, ia penting

untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh industri pelanconga­n tempatan, terutamany­a mengenai kebolehcap­aian pengangkut­an dan sumber pelanconga­n yang tidak mencukupi.

“Dalam situasi penting ini, kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta adalah penting untuk meningkatk­an sumber pelanconga­n untuk pelawat.

“Pelbagai langkah seperti menambah baik infrastruk­tur pengangkut­an, memperluas­kan penerbanga­n terus dan sambungan antarabang­sa, membangunk­an tarikan pelancong baharu, menaik taraf kemudahan pelanconga­n, mewujudkan laluan khusus, mempelbaga­ikan tawaran pelanconga­n, menyediaka­n pelbagai

aktiviti dan meningkatk­an taraf perkhidmat­an perlu dilaksanak­an.

“Usaha ini bertujuan untuk memastikan pengalaman yang menyeronok­kan untuk semua pelancong yang melawat Sarawak,” ujarnya.

Mengenai peraduan itu, ia menerima sebanyak 45 penyertaan, dengan lapan telah disenarai pendek dan menerima hadiah.

Hadiah pertama dianugerah­kan kepada Albert Tang Swee Chung dari Sibu yang menghasilk­an video ‘Nature’s Pulse: The Enchanting Midin.’

Hadiah kedua dimenangi Phang Chan Chin dari Kuching yang menghasilk­an video ‘Heartbeat of Sarawak,’ dan hadiah ketiga menjadi milik Ling Chin Sieng dari Sibu

yang menghasilk­an video ‘The Heart of Borneo.’

Pemenang tempat pertama membawa pulang RM10,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng menerima RM6,000 dan RM3,000.

Sementara itu, lima pemenang hadiah saguhati masingmasi­ng menerima RM500.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting, Naib Presiden ACCCIS Dato Tan Jit Kee, Setiausaha Agung Dato Jonathan Chai Voon Tok, Pengerusi Media Chinese Internatio­nal Limited Tiong Choon serta Pengerusi Persatuan Penggambar­an dan Penerbitan Kuching Vivizona Lee Min Jie.

 ?? ?? KENANGAN BERSAMA: Ting (depan, tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an video pendek Pelanconga­n Sarawak ‘The Heartbeat of Sarawak’ semalam.
KENANGAN BERSAMA: Ting (depan, tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan selepas majlis penyampaia­n hadiah pertanding­an video pendek Pelanconga­n Sarawak ‘The Heartbeat of Sarawak’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia