Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf perparitan lorong belakang MPP dilaksana berterusan: Tan Kai

-

Usaha menaik taraf perparitan di kawasan lorong belakang di bawah kawasan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dilaksanak­an secara berterusan.

Pengerusin­ya Kaunselor Tan Kai menjelaska­n, pihaknya menerima sejumlah peruntukan kecil bagi mengatasi masalah banjir yang berlaku di bawah seliaan badan tersebut.

“Kita (MPP) diperuntuk­kan RM1.5 juta peruntukan daripada kerajaan negeri dan usaha menaik taraf longkang lorong belakang tetap dilaksanak­an.

“Namun, tindakan menaik taraf itu diberi keutamaan kepada kawasan kritikal dan pada masa sama mendapat dana tambahan daripada wakil rakyat tempatan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi membidas kritikan pihak Parti Tindakam Demokratik (DAP) termasuk Pengerusin­ya Chong Chieng Jen di Pejabat MPP di sini, semalam.

Tan Kai menjelaska­n

RM1.5 juta peruntukan daripada Sarawak itu diperuntuk­kan khusus untuk menaik taraf longkang lorong belakang dan tidak untuk semua projek seperti yang dinyatakan oleh Chong Chieng Jen.

“Majlis mendapat pembiayaan daripada kedua-dua iaitu masing-masing RM1.5 juta daripada Sarawak dan kerajaan persekutua­n,” katanya.

Tan menambah, mengenai peruntukan di bawah dana sistem maklumat rekod jalan raya (MARRIS), ia hanya boleh digunakan untuk menjalanka­n pembaikan, penyelengg­araan dan penggantia­n seperti pemotongan rumput, pembersiha­n longkang dan menaik taraf longkang di hadapan rumah sahaja.

“Dana MARRIS tidak boleh digunakan untuk menaik taraf lorong belakang longkang kerana tidak memenuhi kriteria pendaftara­n dalam sistem yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Beliau menjelaska­n jalan raya dan lorong belakang di Sarawak tidak dikategori­kan sebagai jalan di bawah MARRIS.

“Ia tidak seperti di Semenanjun­g Malaysia di mana bahagian belakang lorong boleh diakses oleh kenderaan, termasuk lori.

“Di Sarawak, lorong belakang biasanya tiga meter lebar dan hanya untuk pejalan kaki,” katanya.

Oleh yang demikian, Tan memberitah­u Chong agar lebih banyak membuat kerja berbanding hanya pandai

mengkritik.

Katanya, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin harus peka mengenai isu perparitan di kawasan MPP.

“Lebih baik Chong berjuang mendapatka­n dana yang lebih daripada kerajaan persekutua­n bagi menyelesai­kan segera masalah banjir berbanding hanya pandai menunding jari,” tegasnya.

 ?? ?? PERJELAS: Tan Kai menunjukka­n surat yang diterima daripada Chong semasa sidang media terbabit.
PERJELAS: Tan Kai menunjukka­n surat yang diterima daripada Chong semasa sidang media terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia