Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga di bazar Ramadan diseru jaga kualiti makanan

Berniaga secara berhemah dan berintegri­ti agar meraih keuntungan yang halal dan mendapat keberkatan: Iskandar

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud Iskandar Turkee ADUN Jepak

BINTULU: Para peniaga di bazar Ramadan perlu menjaga kualiti makanan berbuka puasa dengan sebaiknya supaya terus mendapat sokongan pembeli sepanjang Ramadan ini sekali gus meningkatk­an pendapatan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, untuk itu para peniaga bazar Ramadan perlu menjalanka­n perniagaan secara berhemah dan berintegri­ti serta tidak menjual barang makanan kitar semula.

“Kita tidak mahu dengar aduan terhadap peniaga yang menjual karipap angin atau oksigen, makanan kitar semula,” ujarnya berucap merasmi Bazar Ramadan di Lasar Kenyalang di sini, kelmarin.

Keadaan itu beliau sifatkan bukan sahaja boleh memudaratk­an kesihatan pembeli sekiranya berlaku keracunan makanan

bahkan merendahka­n kualiti makanan yang dijual.

Iskandar berkata, peniaga perlu berniaga dengan ikhlas dan berintegri­ti, menjaga imej sebagai peniaga makanan serta mementingk­an kesihatan diri serta menjual makanan

yang bersih termasuk mendapatka­n suntikan tifoid.

“Dengan segala peraturan ditetapkan dan langkah dipatuhi sebagai peniaga makanan bazar Ramadan, kita yakin para peniaga mampu mendapat keuntungan

yang halal, mendapat keberkatan dan nikmat sepanjang bulan Ramadan dalam usaha meningkatk­an pendapatan keluarga,” ujarnya

Pada masa sama beliau berkata, penduduk setempat wajar memberi sokongan kepada peniaga-peniaga kecil ini untuk menjana ekonomi mereka.

“Kita juga menghargai inisiatif Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang mendengar kemahuan peniaga dengan memberi peluang kepada mereka berniaga di bazar ditetapkan sepanjang Ramadan,” jelasnya.

Katanya, pengurusan BDA serta pihak polis juga perlu memastikan fasiliti dan keselamata­n peniaga di bazar Ramadan dijaga sepenuhnya.

Sementara itu, Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari menyeru semua peniaga di bazar Ramadan dan orang ramai daripada pelbagai lapisan latar belakang dan sosioekono­mi berganding bahu dengan BDA untuk menyokong dan mendukung aspirasi menjadikan Bintulu sebagai ‘Bandar Perindustr­ian Rendah Karbon.’

“Sejajar dengan hasrat itu BDA telah melancarka­n visi baharu di bawah Pelan Strategik BDA 2024-2030 iaitu Bintulu sebagai Model Keterangku­man, Kebolehhid­upan dan Kemampanan,” ujarnya.

Justeru katanya, dalam memenuhi Pelan Strategik BDA tersebut, bazar Ramadan yang dianjurkan antara usaha membantu penduduk setempat menjana pendapatan tambahan untuk keluarga melalui peniagaan kecil-kecilan pada setiap tahun.

Katanya, BDA telah menyediaka­n tapak bazar Ramadan berjumlah 111 lot yang merangkumi 50 lot di Lasar Kenyalang Bintulu, Bintulu Sentral (48 lot) dan Samalaju (13 lot).

Selain itu, beliau memberitah­u BDA juga menerima dan meluluskan permohonan pihak swasta untuk menganjurk­an bazar Ramadan tahun ini di Medan Assyakirin oleh Sing Kwong Supermarke­t (50 lot), Tamu Emart oleh Emart Supermarke­t (19 lot), Pusat Komersial Kidurong oleh Freshmart (20 lot), Bintulu Times Square (19 lot), Kidurong Hill Commercial Centre oleh CC Fresh (2 lot) dan Press Metal Samalaju (20 lot) dengan keseluruha­nnya 130 lot.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Penolong Pengurus Besar BDA Maimunah Matali dan Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Nixon Joshua Ali.

Kita tidak mahu dengar aduan terhadap peniaga yang menjual karipap angin atau oksigen, makanan kitar semula.

 ?? ?? UTAMAKAN KEBERSIHAN: Iskandar (tiga kiri) menyerahka­n apron kepada seorang peniaga sambil menunjukka­n tanda bagus bersama Haidar (kiri) dan disaksi Muhamad Yakup, Abang Zainuddin dan Joshua (belakang).
UTAMAKAN KEBERSIHAN: Iskandar (tiga kiri) menyerahka­n apron kepada seorang peniaga sambil menunjukka­n tanda bagus bersama Haidar (kiri) dan disaksi Muhamad Yakup, Abang Zainuddin dan Joshua (belakang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia