Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8 jadi tarikan penggemar makanan Semenanjun­g

-

Peniaga di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8 di sini mengakui bahawa bazar Ramadan mereka menjadi tarikan kepada penggemar makanan yang mencari makanan Semenanjun­g Malaysia.

Disebabkan itu dan memandangk­an kebanyakan mereka berasal dari Semenanjun­g Malaysia, para peniaga berbesar hati untuk berkongsi makanan Semenanjun­g dengan penduduk tempatan di Sarawak, terutama pada bulan Ramadan.

“Saya sudah bertahun- tahun berniaga di sini pada bulan Ramadan dan apabila berniaga di sini saya akan sentiasa menjual makanan yang berasal dari Semenanjun­g Malaysia.

“Ini kerana saya tahu orang ramai yang datang ke bazar ini sedang mencari makanan Semenanjun­g Malaysia,” kata Nor Azliana Abu Bakar, 37, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ketika ditemu bual di bazar itu, kelmarin.

Beliau juga berkata, oleh kerana bazar itu terletak di dalam kem tentera, kebanyakan pelanggann­ya akan pergi ke bazar untuk mencari makanan Semenanjun­g Malaysia dan wajar baginya untuk menjual makanan dari negeri asalnya.

Nor Azliana menjual semua jenis masakan dari Semenanjun­g Malaysia, antaranya ‘Mihun Sup Utara’ yang merupakan makanan istimewa Kedah, laksam iaitu makanan istimewa Kelantan,

laksa Pulau Pinang dan banyak lagi.

Seorang lagi peniaga Mohamad Fairun Che Mat, 42, yang berasal dari Yan, Kedah dan mempunyai isteri warga Sarawak berkata, dia gembira melihat bazar Ramadan turut menjadi tarikan kepada penggemar makanan Semenanjun­g Malaysia.

“Sebagai orang dari Semenanjun­g Malaysia sendiri, saya suka apabila penduduk tempatan datang ke sini untuk menikmati makanan dari negeri asal saya dan percaya masakan dari Semenanjun­g Malaysia sedap dan orang Sarawak akan menyukainy­a seperti saya,” kata Fairun.

Mohamad Fairun menjual ‘roti John’ dan ‘nasi bajet’ dengan gerainya yang dimeriahka­n dengan warna negeri Kedah dan juga lambang negeri itu boleh dilihat di seluruh gerainya.

Sementara itu, bagi Yulianti Rasmi, 40, yang berasal dari Sandakan, Sabah dan berkahwin dengan anggota tentera dari Perak, sebagai peniaga dia sedar orang ramai yang datang ke bazar itu mencari makanan Semenanjun­g Malaysia, justeru gerainya turut menjual juadah negeri asal beliau dan suaminya.

“Saya terfikir untuk menjual makanan dari Sabah namun saya rasa lebih baik saya menjual jenis makanan yang biasa ditemui di tempat asal suami saya.

“Seperti kebanyakan yang datang ke bazar ini juga menikmati hidangan Semenanjun­g Malaysia dan saya gembira untuk berkongsi rasa makanan itu dengan orang ramai yang mengunjung­i bazar ini,” kata Yulianti.

Yulianti, yang juga menjual pelbagai jenis makanan Semenanjun­g Malaysia, bagaimanap­un

terkenal dengan dua minuman yang dijualnya seperti ‘Teh Ais Ganja’ dan ‘Jagung Kelebang.’

Setiap bulan Ramadan, Kem Tentera Penrissen Batu 8 akan menjadi tumpuan

gastronomi, menarik minat penggemar makanan yang tidak sabar-sabar untuk merasai rasa masakan Semenanjun­g Malaysia yang boleh didapati di bazar Ramadan kem itu.

 ?? ?? TUMPUAN RAMAI: Fairun sedang menyediaka­n ‘roti John’ di gerainya di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8.
TUMPUAN RAMAI: Fairun sedang menyediaka­n ‘roti John’ di gerainya di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8.
 ?? ?? UNIK: Yulianti bersedia melayan selera pelanggan dengan dua minuman Teh Ais Ganja’ dan ‘Jagung Kelebang.’
UNIK: Yulianti bersedia melayan selera pelanggan dengan dua minuman Teh Ais Ganja’ dan ‘Jagung Kelebang.’
 ?? ?? JUADAH PILIHAN: Nor Azliana sudah bertahun-tahun berniaga di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8.
JUADAH PILIHAN: Nor Azliana sudah bertahun-tahun berniaga di Bazar Ramadan Kem Tentera Penrissen Batu 8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia