Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan bantu bina semula kediaman Penan di Long Kerangan

- MIRI:Kerajaanne­gerimelalu­i

Pejabat Daerah Telang Usan akan berusaha membantu mendirikan semula kediaman masyarakat Penan di Long Kerangan yang ranap dalam kejadian kebakaran minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, bantuan kerajaan yang dihulurkan adalah dalam bentuk bahan binaan rumah melalui skim pembinaan semula rumah yang terbakar.

“Kebakaran yang berlaku minggu lepas telah meranapkan sebaris rumah 17 pintu yang telah dibina berpuluhpu­luh tahun dahulu.

“Dalam lawatan ini, saya menyampaik­an rasa simpati saya dan kerajaan Sarawak kepada mangsa dan menasihatk­an yang terjejas agar tabah dan bersabar dalam menangani musibah ini,” ujar Dennis yang turut melawat mangsa kelmarin.

Dennis juga menasihatk­an mangsa untuk membuat laporan polis tentang kehilangan harta benda termasukla­h dokumen peribadi seperti sijil lahir, MyKad untuk urusan memohon semula dokumen itu.

Dalam lawatan itu juga, Dennis menghulurk­an bantuan kewangan kepada 17 keluarga dan lapan pelajar SMK Long Bedian yang terjejas agar ia dapat membantu dalam keperluan bahan persekolah­an dan makanan.

“Saya menyeru penduduk Long Kerangan untuk berdoa mengucapka­n syukur kepada Tuhan atas kebaikan hati para dermawan yang telah sudi menghulur bantuan dalam pelbagai bentuk.

“Ucapansyuk­urjugakepa­da pejabat dan agensi kerajaan yang telah membantu,” jelasnya.

Kampung Penan Long Kerangan di Daerah Kecil Long Bedian adalah perkampung­an yang terletak lima jam sehala perjalanan menggunaka­n kenderaan pancuan eempat roda dari bandar raya Miri.

 ?? ?? PRIHATIN: Dennis (dua kiri) ketika meninjau keadaan kediaman di Long Kerangan yang ranap semasa lawatannya kelmarin.
PRIHATIN: Dennis (dua kiri) ketika meninjau keadaan kediaman di Long Kerangan yang ranap semasa lawatannya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia