Utusan Borneo (Sarawak)

Kemajuan dalam intervensi terapeutik dikongsi pada majlis makan malam

-

MIRI: Pembentang­an tentang kemajuan dalam intervensi terapeutik untuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan saraf diadakan pada majlis makan malam di Hotel Imperial di sini, barubaru ini.

Program itu bertujuan untuk memberi penerangan tentang penyelidik­an dan perkembang­an terkini dalam bidang tersebut.

Ia dihadiri Kaunselor Kueh Chie Tiong yang mewakili Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandar Adam Yii.

Hadir sama wakil dari Yayasan Sarawak Oil Palms (SOP) Paul Wong Hee Kwong dan Eric Kiu Kwong Seng serta Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu.

Wakil dari Healthy Strides Foundation yang berpangkal­an di Perth Australia iaitu Dr Dayna Pool, Victoria Wells dan Caitlyn Keron dijemput untuk mengendali­kan pembentang­an itu.

Penyertaan mereka menggarisk­an kerjasama antarabang­sa yang penting untuk memacu intervensi terapeutik yang inovatif untuk pesakit kanak-kanak terbabit.

Penganjura­n aktiviti ini sebagai tanda usaha kolektif untuk merapatkan jurang, berkongsi pengetahua­n, dan memangkin tindakan dalam usaha mencari penyelesai­an terapeutik yang inovatif.

Healthy Strides Malaysia ialah klinik penjagaan kesihatan terkemuka untuk kanak-kanak dan dewasa mudayangme­ngalamimas­alah saraf dan kecederaan.

Klinik adalah rakan antarabang­sa Healthy Strides Foundation di Australia yang menyediaka­n khidmat terapi intensif di Miri.

Manakala, Yayasan SOP ialah sebuah organisasi yang berdedikas­i untuk pembanguna­n mampan, pengayaan pendidikan, pemerkasaa­n komuniti, pemupukan seni dan budaya, sukan dan penjagaan alam sekitar.

 ?? ?? PERKONGSIA­N: Tetamu dan peserta merakamkan kenangan pada majlis makan malam pembentang­an intervensi terapeutik di Miri, baru-baru ini.
PERKONGSIA­N: Tetamu dan peserta merakamkan kenangan pada majlis makan malam pembentang­an intervensi terapeutik di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia