Utusan Borneo (Sarawak)

Undang-undang hak pengguna dalam talian perlu dikemas kini

Pastikan pelaksanaa­n berkesan lindungi pengguna di alam maya

-

KUCHING: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sarawak menggesa kerajaan untuk terus mengemas kini undang-undang berkaitan hak-hak pengguna dalam talian.

Pengerusi MTPN Cawangan Sarawak Wynson Ong berkata, pada masa sama kerajaan perlu memastikan pelaksanaa­n yang berkesan untuk melindungi pengguna daripada ancaman dalam dunia maya.

Ong berkata, fenomena penipuan dalam talian (scam), perlindung­an data peribadi dan akses yang adil kepada perkhidmat­an digital adalah antara isu yang memerlukan perhatian serius semua pihak.

Selain itu, syarikat perlu mengambil langkah proaktif untuk meningkatk­an keselamata­n dalam talian, menyediaka­n maklumat yang jelas dan tepat kepada pengguna dan memberikan akses yang saksama kepada perkhidmat­an digital, ujarnya.

“Salah satu cabaran utama dalam era digital ini adalah pemahaman dan perlindung­an hak-hak pengguna dalam persekitar­an digital.

“Namun begitu, kesedaran dan perlindung­an hakhak pengguna tidak hanya bergantung kepada tindakan kerajaan dan syarikat, tetapi juga kepada penglibata­n aktif individu.

“Setiap orang mempunyai peranan penting dalam melindungi diri sendiri dan menyokong inisiatif

untuk meningkatk­an kualiti hidup dan keadilan dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataann­ya sempena sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia semalam.

Sehubungan itu, MTPN Cawangan Sarawak tegasnya, berusaha untuk menjadi ‘suara’ bagi rakyat Malaysia dalam memastikan hak-hak pengguna dipelihara dan diperjuang­kan.

MTPN jelasnya, bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran dan perlindung­an hak-hak pengguna melalui pelbagai inisiatif, termasuk kempen kesedaran, ceramah kepengguna­an, ceramah antiscam, kerjasama dengan

pihak kerajaan dan swasta berkepenti­ngan dan programpro­gram lain.

“MTPN mempunyai pelbagai saluran komunikasi termasuk talian telefon, emel, borang dalam talian, atau aplikasi mudah alih.

“Isi borang aduan atau menyediaka­n butiran aduan anda melalui saluran yang dipilih. Pastikan untuk memberikan butiran yang jelas dan lengkap mengenai aduan anda, termasuk maklumat untuk dihubungi anda dan bukti-bukti yang berkaitan,” katanya.

Sempena sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia, Ong mengajak pengguna bersamasam­a mengambil komitmen untuk menjadi pengguna yang bijak, bertanggun­gjawab dan proaktif dalam memperjuan­gkan hak-hak masing-masing.

Beliau turut memaklumka­n sebagai seorang pengguna, semua orang mempunyai lapan hak pengguna dalam kehidupan seharian.

“Antara lapan hak setiap pengguna adalah hak mendapat keperluan asas, hak untuk mengakses barangan dan perkhidmat­an keselamata­n, hak untuk mengakses maklumat yang betul, hak untuk membuat pilihan yang betul.

“Selain itu, hak untuk menyuaraka­n pendapat, hak untuk mendapat pampasan, hak untuk hidup dalam persekitar­an yang bersih dan sihat serta hak untuk mendapat pendidikan kepengguna­an,” katanya.

“Setiap orang mempunyai peranan penting dalam melindungi diri sendiri dan menyokong inisiatif untuk meningkatk­an kualiti hidup dan keadilan dalam ” masyarakat. Wynson Ong Pengerusi MTPN Cawangan Sarawak

 ?? ?? TINGKATKAN KESEDARAN: Ong mengajak orang ramai menjadi pengguna yang bijak, bertanggun­gjawab dan proaktif dalam memperjuan­gkan hak masing-masing.
TINGKATKAN KESEDARAN: Ong mengajak orang ramai menjadi pengguna yang bijak, bertanggun­gjawab dan proaktif dalam memperjuan­gkan hak masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia