Utusan Borneo (Sarawak)

40 pelajar MPI hadiri bengkel ‘Kesedaran Kesihatan Mental’

-

Kira-kira 40 pelajar dari Institut Pilley Methodist (MPI) menghadiri bengkel tentang ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Program itu merupakan anjuran Persatuan Kesihatan Mental (MHASB) Cawangan Sibu.

Dalam ucapan pembukaan, Pengetua MPI Hii King Kai berkata,kehidupank­olejboleh menjadi menyeronok­kan dan penuh dengan pengalaman baharu, persahabat­an dan peluang.

Walau bagaimanap­un katanya, ia juga boleh menjadi sangat menekan dengan tekanan akademik, cabaran sosial dan pergolakan peribadi merugikan kehidupan pelajar.

“Dalam keadaan cabaran ini, kepada kebanyakan pelajar, terutama semasa peperiksaa­n atau masa untuk menyerahka­n tugasan, kita bertanya-tanya sama ada kita telah jatuh ke dalam kemurungan.”

“Adalah penting bahawa kita perlu belajar untuk mengendali­kan keadaan emosi ini dan belajar membezakan antara perubahan suasana hati dengan keadaan perubatan yang lebih serius yang memerlukan intervensi perubatan,” tambahnya.

Justeru katanya,, bengkel itu tidak hanya tentang meningkatk­an kesedaran tetapi juga melengkapi diri pelajar dengan pengetahua­n dan alat untuk menavigasi kompleksit­i kesihatan mental.

“Apa yang lebih penting, bagaimana untuk menangani dan menguruska­n tindak balas kita terhadap tekanan agar kita tidak terjebak dalam tekanan memusnahka­n yang membawa kepada kemurungan teruk atau malah penyakit mental,” katanya.

Menegaskan bahawa kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal, beliau berkata tidak harus ada rasa malu untuk meminta bantuan dan menghulurk­an tangan adalah langkah pertama ke arah penyembuha­n.

Hii menasihatk­an pelajar kolej agar mengutamak­an kesihatan mental mereka, bukan sahaja menjaga kesejahter­aan mereka sendiri tetapi juga menunjukka­n contoh kepada orang di sekeliling mereka.

“Bersama-sama, kita boleh mewujudkan budaya keterbukaa­n, empati dan sokongan di mana kesihatan mental diiktiraf, dihargai dan diutamakan,” katanya.

Sementara itu, penceramah utama ialah Ketua Jabatan

Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sibu Dr Wong Siong Teck dan pakar psikiatri Dr Hii Kae Lih.

Dr Wong membincang­kan topik mengenai Mengekalka­n Kesihatan Mental Yang Baik: Pengurusan Tekanan dan

Kemahiran Mengatasi dan Teknik Santai, manakala Dr Hii bercakap mengenai isu kesihatan mental dan gangguan mental.

Turut hadir ialah Pengerusi MHASB Kapitan So Teck Kee.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: (Barisan hadapan, dari tiga kiri) Dr Hii, So, Hii King Kai dan Dr Wong merakamkan kenangan bersama peserta bengkel.
UNTUK ALBUM: (Barisan hadapan, dari tiga kiri) Dr Hii, So, Hii King Kai dan Dr Wong merakamkan kenangan bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia