Utusan Borneo (Sarawak)

Bazar Ramadan Lasar Kenyalang meriah tumpuan ramai

Platform untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Bintulu menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan tahun ini

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Bazar Ramadan Lasar Kenyalang meriah dikunjungi ramai pengunjung dari pelbagai latar belakang untuk mendapatka­n beraneka juadah berbuka puasa sekali gus membantu peniagapen­iaga kecil menjana pendapatan mereka sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati pelbagai pilihan makanan yang ditawar dan dijual para peniaga menuntut pengunjung membuat pilihan tepat untuk membuat pembelian supaya juadah yang dibeli tidak dibazirkan begitu sahaja apabila tidak mampu untuk dimakan.

Pada tempoh tertentu beberapa gerai menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk mendapatka­n juadah yang ditawarkan seperti dirakamkan menerusi lensa kamera.

Begitupun ketika keinginan untuk mendapatka­n juadah berbuka puasa ada perkara yang perlu dipatuhi oleh para peniaga terutamany­a melibatkan aspek kebersihan, kesihatan diri dan kebersihan juadah yang diniagakan seperti ditetapkan penganjur pengurusan tapak bazar iaitu Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Perkara tersebut digariskan dalam makluman panduan ditetapkan BDA sebelum pembukaan tapak bazar tersebut antaranya aspek kebersihan diri bagi pengendali makanan merangkumi pemeriksaa­n kesihatan untuk status kesihatan peniaga, kewajipan melakukan suntikan tifoid, memakai apron dan penutup kepala atau topi.

Aspek lain adalah perlindung­an makanan

daripada pencemaran iaitu mengkehend­aki peniaga menggunaka­n penyepit semasa mengambil atau memilih makanan, semua makanan hendaklah ditutup dan tiada penggunaan polistiren­a atau styrofoam tetapi digalakkan menggunaka­n plastik yang boleh terurai.

Manakala, penggunaan

ais bongkah adalah dilarang sama sekali untuk minuman sejuk.

Semua pengusaha bazar Ramadan turut dikehendak­i menjaga kebersihan gerai mereka dan sekitarnya sebelum, semasa, selepas operasi perniagaan mereka sepanjang masa.

BDA dan Jabatan Kesihatan akan menjalanka­n

pensampela­n makanan bagi memastikan makanan yang dijual di bazar Ramadan bebas daripada pencemaran.

Tempoh waktu operasi gerai atau pengusaha Bazar Ramadan yang bermula 12 Mac 2024 hingga 8 April 2024 adalah dari jam 12 tengah hari hingga 8 malam.

Beberapa kemudahan kepada pengusaha gerai turut disediakan oleh BDA sebagai penganjur dan penyewa antaranya kanopi, bekalan air, elektrik ke semua gerai, tong sampah disediakan.

Tapak Bazar Ramadan di Bintulu berjumlah 111 lot yang merangkumi 50 lot di

Lasar Kenyalang Bintulu, Bintulu Sentral (48 lot) dan Samalaju (13 lot).

BDA juga menerima dan meluluskan permohonan pihak swasta untuk menganjurk­an Bazar Ramadan tahun ini di Medan Assyakirin oleh Sing Kwong Supermarke­t (50 lot), Tamu Emart oleh Emart Supermarke­t (19 lot), Pusat Komersial Kidurong oleh Freshmart (20 lot), Bintulu Times Square (19 lot), Kidurong Hill Commercial Centre oleh CC Fresh (2 lot) dan Press Metal Samalaju (20 lot) dengan keseluruha­nnya 130 lot.

 ?? ?? MESRA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee (kiri) yang beramah mesra dan menyerahka­n apron kepada seorang peniaga roti canai.
MESRA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee (kiri) yang beramah mesra dan menyerahka­n apron kepada seorang peniaga roti canai.
 ?? ?? BERAROMA: Juadah ayam golek dan makanan berpanggan­g yang dijual di sebuah gerai.
BERAROMA: Juadah ayam golek dan makanan berpanggan­g yang dijual di sebuah gerai.
 ?? ?? PELBAGAI PILIHAN: Beraneka jenis kuih ada dijual di Bazar Ramadan Lasar Kenyalang.
PELBAGAI PILIHAN: Beraneka jenis kuih ada dijual di Bazar Ramadan Lasar Kenyalang.
 ?? ?? KEGEMARAN RAMAI: Makanan berpanggan­g dan aroma ayam golek menarik tumpuan orang ramai untuk membelinya.
KEGEMARAN RAMAI: Makanan berpanggan­g dan aroma ayam golek menarik tumpuan orang ramai untuk membelinya.
 ?? ?? LARIS: Seorang pelanggan membeli beberapa jenis kuih yang di sebuah gerai di Bazar Ramadan Lasar Kenyalang.
LARIS: Seorang pelanggan membeli beberapa jenis kuih yang di sebuah gerai di Bazar Ramadan Lasar Kenyalang.
 ?? ?? TUMPUAN: Bazar Ramadan Lasar Kenyalang Bintulu dikunjungi ramai orang.
TUMPUAN: Bazar Ramadan Lasar Kenyalang Bintulu dikunjungi ramai orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia