Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS mahu kerajaan teruskan tradisi beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

- — Bernama

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutua­n memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Presidenny­a Datuk Dr Adnan Mat berkata pihaknya berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanak­an sejak 10 tahun lepas.

“Kami merayu supaya kerajaan mengumumka­n dalam waktu yang terdekat ini, kerana ada keluh kesah peniaga di luar sana apabila penjawat awam kurang purchasing power.

“Jadi bantuan khas Aidilfitri ini mampu diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan pesara sebagaiman­a tradisi tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Adnan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk anjuran Gabungan Kesatuan PekerjaPek­erja

Dalam Perkhidmat­an Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Negeri Perak di sini semalam.

Adnan seterusnya melahirkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri Perak yang mengumumka­n Bantuan Khas Kewangan Raya (BKK Raya) RM1,000 manakala Pulau Pinang turut meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,200 kepada penjawat awam di kedua-dua negeri itu sempena Aidilfitri.

“CUEPACS juga memohon dan merayu kepada semua kerajaan negeri yang lain supaya memberi pertimbang­an yang sama seperti Perak dan Pulau Pinang bagi meringanka­n bebanan penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata CUEPACS tetap mempertaha­nkan skim tetap dan berpencen kepada penjawat awam kecuali jika terdapat bentuk skim yang lebih baik menggantik­an skim sedia ada.

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT SERTA: Adnan (dua kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk AUEGCAS Perak di Anjung Pejabat AUEGCAS Perak semalam.
— Gambar Bernama TURUT SERTA: Adnan (dua kanan) mengacau bubur lambuk pada Program Bubur Lambuk AUEGCAS Perak di Anjung Pejabat AUEGCAS Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia