Utusan Borneo (Sarawak)

ATM wajar kaji penglibata­n Askar Wataniah dalam operasi teras: Raja Muda Perlis

- KANGAR:AngkatanTe­ntera

Malaysia (ATM) melalui MajlisAngk­atanTenter­awajar mengkaji dan meneliti semula segala seksyen sedia ada bagi membolehka­n penglibata­n pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras bersama anggota tetap bagi mengawal sempadan negara.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah Askar Wataniah yang dilatih dan terlibat dalam pelbagai eksesais tempatan dan bilateral bersama anggota tetap mampu melaksanak­an tugas dan peranan seperti anggota tetap.

“Saban tahun negara melahirkan ribuan anggota simpanan dalam Angkatan Tentera Darat, namun sejauh mana penglibata­n mereka dibenarkan dalam membantu sebagai pasukan benteng pertahanan kedua negara,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan media Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis hari ini selepas berkenan berangkat mengetuai lawatan Program Eksesais Kerajaan Perlis ke Sabah (Eks PERBAH) 2024 di perairan Sektor Selatan Timur Laut Sabah kelmarin.

Eks PERBAH yang merupakan program tahunan anjuran kerajaan Perlis bersama Rejimen 504 Askar Wataniah, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta YTSP mendapat kerjasama padu ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi negeri dan Persekutua­n dari Perlis dan Sabah selain pihak swasta.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah menjadi satu kerugian buat negara sekiranya hanya melatih pasukan simpanan tanpa ada sebarang perancanga­n jangka panjangunt­ukmengatur­gerak mereka membantu mengawal sempadan negara.

Baginda yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkal­an di Kem Bukit Keteri di sini turut menyaranka­n keperluan penglibata­n Askar Wataniah dalam situasi darurat negara perlu dikaji semula dari semasa ke semasa selain kepelbagai­an bentuk latihan bersesuaia­n dengan jenis atur gerak yang dirancang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia