Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia ulangi komitmen tangani Islamofobi­a

- KUALA LUMPUR:

Ketika dunia menyambut ulang tahun ketiga, Hari Antarabang­sa bagi Memerangi Islamofobi­a semalam, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan komitmen Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk menangani Islamofobi­a dan semua tindakan keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarka­n agama atau kepercayaa­n.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n pada Jumaat yang menarik perhatian kepada fenomena kebencian anti-Islam, Mohamad berkata Malaysia terus menjunjung semangat Artikel 1 Deklarasi Hak Asasi Manusia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) yang menyatakan “Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak”.

“Malaysia kekal teguh dalam komitmenny­a untuk bekerjasam­a dengan semua pihak berkepenti­ngan dalam memerangi Islamofobi­a,” katanya.

Beliau berkata Malaysia terkejut apabila melegitima­si tindakan menyinggun­g perasaan, tidak menghormat­i dan provokatif, termasuk mencemarka­n al-Quran berulang kali yang berterusan membangkit­kan kebencian dan keganasan dalam kalangan rakyat Islam dan minoriti agama.

“Tindakan ini adalah manifestas­i maut perbuatan Islamofobi­a, yang telah meningkat secara berbahaya seperti wabak sejak akhir-akhir ini.

“Jika dibiarkan, tindakan ini sudah pasti akan membawa kepada kitaran keganasan dan ekstremism­e yang akan menjejaska­n usaha ke arah mewujudkan dan mengekalka­n keamanan serta keharmonia­n antarabang­sa,” katanya.

Mohamad berkata Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh PBB, Majlis Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Kerjasama Islam yang menyeru usaha antarabang­sa diperkukuh untuk menggalakk­an budaya toleransi dan keamanan berdasarka­n penghormat­an terhadap hak asasi manusia dan kepelbagai­an agama serta kepercayaa­n.

“Malaysia percaya bahawa tindakan yang lebih ketara diperlukan untuk menangani punca Islamofobi­a,” katanya sambil menggesa komuniti antarabang­sa mengenal pasti langkah konkrit untuk mengatasi keadaan dan sikap semasa yang memupuk perbuatan jahat ini,” katanya.

Mohamad berkata Malaysia juga menyokong penuh gesaan pelantikan ‘Duta Khas PBB bagi Memerangi Islamofobi­a’.

Mohamad berkata Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, percaya nilai kesederhan­aan dapat merapatkan perbezaan dan menyelesai­kan pertikaian kerana ia memerlukan sikap saling menghormat­i dan memahami, toleransi, dialog, kompromi, keharmonia­n, keterangku­man dan keadilan.

“Dialog antara budaya dan antara agama memainkan peranan penting dalam memupuk keamanan, kesederhan­aan dan toleransi agama,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia