Utusan Borneo (Sarawak)

Seni terrarium Cikgu Aisya

-

MELANGKAH masuk ke dalam Ruang Pokok, sebuah kafe kecil di pinggir Jalan Long Sulaiman, Kampung Kedai Lalat, di Kota Bharu, Kelantan, pandangan pasti terarah ke deretan pelbagai jenis bekas kaca berisi tanaman atau terrarium yang disusun kemas di satu sudut di kedai itu.

Terrarium tertutup dan juga dengan konsep terbuka itu merupakan hasil tangan pemilik kafe Nur Aisya Ruslan, 27, bekas guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabang­sa di Cyberjaya.

Bercakap kepada Bernama, Nur Aisya berkata beliau mula aktif menghasilk­an terrarium atau ‘taman mini’ yang ditanam di dalam satu ruangan kecil seperti botol kaca sejak dua tahun lepas ketika bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabang­sa di Cyberjaya.

“Ketika itu saya dan suami sering mengunjung­i kafe serta ke kedai-kedai yang menjual pokok indoor.

“Pada ketika itu saya mula terdedah dengan seni terrarium ini dan timbul minat. Saya dan suami kemudian belajar sendiri untuk menghasilk­an terrarium, paling menyeronok­kan banyak juga yang berjaya dijual,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Nur Aisya yang kini merupakan seorang guru tuisyen Bahasa Inggeris berkata sebagai penggemar kopi, kafe Ruang Pokok yang dibuka kira-kira tujuh bulan lalu turut bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar mengenai seni mengatur tanaman dalam balang kaca atau bekas lutsinar.

Tambah beliau antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat terrarium ialah bebola leca, arang, lumut sphagnum dan tanah organik.

Pada pandangan umum, seni terrarium kelihatan rumit untuk dihasilkan namun menurut Nur Aisya ia tidak sesukar yang disangkaka­n.

“Hidupan atau pokok yang sesuai untuk menghasilk­an terrarium adalah fittonia, pakis, lumut, batu dan

miniatur sebagai aksesori tambahan.

“Sebenarnya­tidaklahbe­gitu sukar untuk menghasilk­an terrarium, tempoh masa yang diambil juga sekitar 30 minit hingga sejam mengikut kemahiran. Malah terrarium ini boleh diolah

mengikut kreativiti masingmasi­ng,” katanya yang kini aktif menganjurk­an bengkel terrarium di sekitar Kota Bharu.

Jelas Nur Aisya penjagaan terrarium juga tidak sukar, paling penting ia boleh bertahan lama.

“Harganya sedikit mahal tetapi sangat berbaloi sebab boleh tahan lama. Kalau nak nampak kemas kita boleh pangkas sedikit tetapi ada juga biarkan sahaja sebab nak nampak asli atau cantik, ia bergantung kepada padangan masing-masing.

“Penjagaan terrarium juga mudah, untuk yang tertutup buka hanya 10 minit dua minggu sekali supaya berlaku pertukaran udara. Terrarium jenis terbuka pula, ia bergantung kepada jenis tumbuhan yang ditanam,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Nur Aisya melakukan kerja-kerja penghasila­n dekorasi perhiasan terrarium ketika ditemui Bernama di sini. Melangkah masuk ke dalam Ruang Pokok sebuah kafe kecil di pinggir Jalan Long Sulaiman, Kampung Kedai Lalat, pandangan pasti terarah ke deretan pelbagai jenis bekas kaca berisi tanaman menyerupai persekitar­an alam atau terrarium yang disusun kemas di satu sudut di kedai itu.
— Gambar Bernama TELITI: Nur Aisya melakukan kerja-kerja penghasila­n dekorasi perhiasan terrarium ketika ditemui Bernama di sini. Melangkah masuk ke dalam Ruang Pokok sebuah kafe kecil di pinggir Jalan Long Sulaiman, Kampung Kedai Lalat, pandangan pasti terarah ke deretan pelbagai jenis bekas kaca berisi tanaman menyerupai persekitar­an alam atau terrarium yang disusun kemas di satu sudut di kedai itu.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOLEKSI: Nur Aisya menunjukka­n sebahagian koleksi dekorasi perhiasan terrarium yang dihasilkan ketika ditemui Bernama barubaru ini. Nur Aisya mula aktif menghasilk­an terrarium atau ‘taman mini’ yang ditanam di dalam satu ruangan kecil seperti botol kaca sejak dua tahun lalu ketika bertugas sebagaigur­uBahasaIng­gerisdi sebuah sekolah antarabang­sa di Cyberjaya.
— Gambar Bernama KOLEKSI: Nur Aisya menunjukka­n sebahagian koleksi dekorasi perhiasan terrarium yang dihasilkan ketika ditemui Bernama barubaru ini. Nur Aisya mula aktif menghasilk­an terrarium atau ‘taman mini’ yang ditanam di dalam satu ruangan kecil seperti botol kaca sejak dua tahun lalu ketika bertugas sebagaigur­uBahasaIng­gerisdi sebuah sekolah antarabang­sa di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia