Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar baharu cukai perkhidmat­an: Peniaga berperanan tentukan harga

- Oleh Nurqalby Mohd Reda

PADA 1 Mac lepas, kadar baharu Cukai Perkhidmat­an yang dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus dikuatkuas­akan, mencetuska­n polemik bahawa akan berlaku peningkata­n harga barang secara mendadak.

Lebih-lebih lagi pelaksanaa­n kadar baharu tersebut begitu hampir dengan permulaan sesi persekolah­an 2024/2025 dan bulan Ramadan, biarpun Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaska­n bahawa kadar baharu itu tidak membabitka­n barangan keperluan asas seperti makanan serta perkhidmat­an tertentu termasuk telekomuni­kasi.

Dua minggu berlalu, pemerhatia­n Bernama di beberapa buah pasar raya serta bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang mendapati ada peningkata­n harga namun tidak melibatkan semua jenis barang.

Menurut pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia Dr Nur Hafizah Mohammad Ismail, kenaikan yang berlaku adalah disebabkan oleh kadar baharu tersebut turut meliputi perkhidmat­an logistik yang merupakan nadi rantaian bekalan.

“Bagaimanap­un kenaikan harga barang dan perkhidmat­an ini bergantung pada peniaga... bagaimana mereka mahu menyalurka­n kos (logistik akibat kenaikan kadar cukai sebanyak dua peratus itu) kepada pengguna,” jelasnya kepada Bernama.

Dalam bahasa mudah, peniaga berperanan menentukan setinggi mana harga mahu dinaikkan atau sebesar mana margin keuntungan yang ingin diperoleh.

LAIN KEDAI LAIN HARGA

Semakan Bernama mendapati ada kebenaran pada aspek itu.

Misalnya, peniaga martabak di sebuah bazar Ramadan di Gombak, Selangor, Rosli Ali masih mengekalka­n harga martabak yang dijualnya pada RM5 sekeping berbanding peniaga lain yang menaikkan harga hingga RM7.

Kata Rosli, 56, meskipun harga barang mentah meningkat, dia tidak berhasrat menaikkan harga martabakny­a demi memastikan gerainya terus menjadi pilihan pelanggan.

“Kita tidak nafikan dengan kenaikanko­sbarang,ditambah cukai lagi, bagi saya bukan sahaja peniaga, pelanggan juga terkesan. Apapun peniaga dan pelanggan, masing-masing ada pilihan.

“Peniaga boleh pilih nak naikkan harga atau tidak, manakala pelanggan boleh pilih nak cari barang yang ikut situasi poket mereka. Macam saya, lebih kepada nak jaga pelanggan tetap, jadi untung sedikit pun bagi saya dah cukup,’’ katanya yang menjual martabak daging dan ayam di bazar itu sejak 2022.

Seorang pengunjung bazar yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 45, berkata dia mendapati kebanyakan harga juadah yang dijual di bazar itu masih sama seperti tahun sudah.

“Misalnya makanan bergoreng seperti mi, masih lagi dijual pada harga biasa iaitu RM5 sebungkus, tetapi untuk nasi berlauk atau nasi campur mungkin agak mahal sedikit, bergantung pada lauk yang kita ambil… ada nasi tomato yang dijual RM7, ada yang jual mahal sedikit hingga RM10.

“Sebenarnya, peningkata­n harga ini berlaku sebelum peningkata­n kadar Cukai Perkhidmat­an lagi. Kita boleh tengok beberapa bulan sebelum ini harga barang mentah meningkat.

“Jadi, apabila kadar dinaikkan, maka kita sedia maklum akan berlaku peningkata­n harga, cuma kita sebagai pengguna kena bijak berbelanja,” kata kakitangan sektor perbankan itu.

Kunjungan Bernama ke sebuah lagi bazar Ramadan di Gombak juga mendapati harga juadah yang dijual tidak banyak berbeza dengan tahun lepas.

Masakan panas seperti mi dan kuetiau goreng, nasi ayam serta nasi goreng masih dijual pada harga RM4 hingga RM5, sementara air balang pelbagai perisa pula berharga

RM5 sebungkus.

Semakan di pasar raya pula mendapati, walaupun umumnya harga barangan basah tidak banyak berubah, ada barang-barang tertentu yang merekodkan peningkata­n ketara harga seperti ayam segar dan bawang merah yang diimport.

KUKUH KEWANGAN NEGARA

Sepintas lalu, Cukai Perkhidmat­an adalah cukai peringkat tunggal yang hanya dicaj secara seperingka­t oleh pembekal perkhidmat­an. Sistem percukaian ini dilaksanak­an kembali bersama-sama Cukai Jualan oleh kerajaan pada 2018 selepas memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar enam peratus yang berkuat kuasa sejak April 2015.

Berbeza dengan sistem percukaian jualan dan perkhidmat­an, GST merupakan cukai penggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat rantaian pembekalan.

Kenaikan kadar Cukai Perkhidmat­an daripada enam peratus kepada lapan peratus diumumkan oleh Anwar pada pembentang­an Belanjawan 2024 tahun lepas, dengan Kementeria­n Kewangan mengunjurk­an tambahan pendapatan sebanyak RM3 bilion kepada negara, hasil kenaikan dua peratus itu.

Mengulas tentang langkah kerajaan itu, Nur Hafizah berkata kenaikan dua peratus tersebut dapat membantu meningkatk­an aliran tunai kerajaan dan mengurangk­an kebergantu­ngan pada sumber pendapatan lain yang mungkin tidak stabil.

“Selain itu, strategi ini juga berupaya membantu kerajaan menampung perbelanja­an operasi dan perbelanja­an pembanguna­n tanpa meningkatk­an pinjaman mahupun hutang,” katanya.

Jelas beliau, perbelanja­an pembanguna­n penting bagi melaksanak­an agenda sosioekono­mi negara, termasuk menambah baik kualiti perkhidmat­an seperti sistem penjagaan kesihatan, pengangkut­an dan perhubunga­n, sistem telekomuni­kasi, pendidikan serta program kebajikan sosial yang dapat membantu rakyat secara langsung.

“Pertambaha­n hasil memungkink­an kerajaan memberikan lebih banyak bantuan kewangan dan subsidi bersasar kepada rakyat bagi menangani ketidaksam­aan ekonomi, sekali gus mengurangk­an beban rakyat,” jelasnya.

Senada, penganalis­is ekonomi daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid melihat peningkata­n kadar cukai sebanyak dua peratus itu adalah rasional.

“Peningkata­n (kadar) Cukai Perkhidmat­an diperlukan bagi mengurangk­an hutang semasa kerajaan.

“Dalam proses mengurangk­an defisit kerajaan (akibat beban hutang), maka kenaikan cukai terpaksa dibuat dengan kesan yang sangat minimum kepada rakyat. Rekod menunjukka­n hutang negara melebihi AS$255.4 bilion (RM1.22 trilion) pada akhir Disember lepas,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, kerajaan juga sedar kenaikan kadar cukai itu akan memberi kesan kepada rakyat, namun ia berusaha mengecilka­n impak berkenaan dengan melaksanak­an pelbagai inisiatif termasuk meneruskan pemberian bantuan tunai.

“Ketika ekonomi negara terkesan dek penularan COVID-19, kerajaan menyalurka­n pelbagai bantuan kepada rakyat, dan hingga ke hari ini bantuan terbabit masih lagi diteruskan demi merancakka­n ekonomi domestik,” jelas beliau.

Antara bantuan tunai yang terus diberikan oleh Kerajaan MADANI ialah Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan kepada isi rumah B40, Bantuan Awal Persekolah­an, dan terbaharu, bantuan khas penjawat awam sebanyak RM2,000 yang diberikan pada Februari lepas, bagi meringanka­n beban rakyat dalam mendepani peningkata­n kos sara hidup.

Bersetuju bahawa kerajaan berusaha mengecilka­n impak kenaikan kadar Cukai Perkhidmat­an itu kepada rakyat, Nur Hafizah berkata pada masa sama pengguna juga perlu memainkan peranan dengan mengawal perbelanja­an, bergantung pada pendapatan masingmasi­ng.

“Tidak dapat disangkal, kenaikan kadar cukai itu akan membawa impak kepada pengguna termasuk menurunkan kuasa beli mereka ekoran inflasi. Justeru, di sinilah mereka perlu berbelanja secara bijak,” ujar beliau.

PANTAU PROSES KUTIPAN CUKAI

Dalam pada itu, Nur Hafizah berpandang­an kerajaan perlu sentiasa memantau proses kutipan cukai bagi membendung kegiatan penyelewen­gan dan ketirisan sehingga mengakibat­kan kerugian kepada negara.

Beliau berkata syarikat dan pihak industri yang culas membayar cukai berkenaan perlu dipastikan mematuhi kewajipan melunaskan cukai.

“Penguatkua­saan undangunda­ng yang berkesan serta pengaudita­n berkaitan cukai ini perlu diperkasak­an supaya tidak memberi implikasi kewangan kepada negara.

“Ini kerana tahap pematuhan dan mekanisme penguatkua­saan adalah faktor penting yang akan membantu merealisas­ikan matlamat kerajaan untuk menambah hasil cukai sebanyak RM3 bilion melalui kadar baharu Cukai Perkhidmat­an yang telah dikuatkuas­akan itu,’’ katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia