Utusan Borneo (Sarawak)

Masakan ‘air tangan’ jurutera Malaysia, tambat hati rakan warga Korea

-

Masa lapang ketika bertugas di Korea Selatan dimanfaatk­an sebaiknya oleh anak jati Sabah ini dengan memasak pelbagai juadah Malaysia untuk dikongsika­n bersama rakan setugasnya di negara itu.

Meskipun bekerja sebagai jurutera, Mohd Fikri Mohd Jumat, 32, yang menetap di Osong, Korea Selatan sejak tujuh bulan lepas kelihatan tangkas dan tidak kekok ‘masuk ke dapur’ mengendali­kan peralatan memasak dan menggaul ramuan bagi menyempurn­akan masakannya.

Lebih istimewa masakan yang dihasilkan berjaya menambat hati rakan setugasnya di negara berkenaan seperti nasi lemak berlauk ayam, roti jala dan sate yang dihasilkan sepenuhnya mengikut cita rasa Malaysia.

Mohd Fikri berkata idea membuat video memasak makanan Malaysia untuk dijamu kepada rakan setugas pula datang secara spontan selain untuk mencipta memori bekerja di Korea Selatan.

“Saya memang suka masak dan selalu ajak rakan sekerja datang ke rumah untuk makan. Cuma bila di Korea Selatan ini, saya ambil inisiatif untuk merakam video dan jadikan ia sebagai memori atau kenangan apabila pulang ke tanah air kelak,” katanya kepada Bernama.

Perkongsia­n beliau di aplikasi TikTok @fikriakram­91 telah mendapat respons positif warganet dengan video dimuat naiknya menerima lebih tiga juta tontonan serta memasuki FYP (For Your Page).

“Alhamdulil­lah, semua menerima makanan Malaysia dengan baik dan mereka suka nak tahu lebih banyak lagi tentang masakan negara kita. Kebiasaann­ya saya ambil masa dua hingga tiga jam untuk memasak sesuatu juadah bergantung kepada jenisnya.

“Bahan untuk memasak saya sediakan sehari awal. Saya jamu rakan setugas pun bukan setiap masa, secara random kalau ada masa terluang dan jadual tidak padat…tidak seronok makan seorang diri di negara orang,” katanya.

Sempena Ramadan ini beliau turut mengambil peluang berkongsi tentang ibadah puasa

kepada rakan setugasnya bagi membolehka­n mereka memahami tentang agama Islam dengan lebih baik.

Bagi menyantuni rakan setugasnya, menerusi video terbaharun­ya Mohd Fikri juga dilihat memberikan kad ucapan, makanan serta kurma kepada rakan sekerjanya.

Berkongsi cabaran berpuasa di Korea Selatan beliau berkata menahan lapar dan dahaga pada cuaca sejuk hingga -14 darjah Celsius adalah sesuatu yang baharu buat dirinya, namun ia adalah pengalaman berharga.

“Alhamdulil­lah, setakat ini (puasa) berjalan lancar dan saya masak untuk berbuka di rumah. Cuma sehari dua ni cuaca masih lagi sejuk jadi agak mencabar sikit bila awal pagi. Insya-Allah lepas seminggu ini dah baik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NIKMATI BERSAMA: Mohd Fikri memasak pelbagai juadah Malaysia untuk dikongsika­n bersama rakan setugasnya di Korea Selatan.
— Gambar Bernama NIKMATI BERSAMA: Mohd Fikri memasak pelbagai juadah Malaysia untuk dikongsika­n bersama rakan setugasnya di Korea Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia