Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar TVET Negara sediakan tenaga kerja bidang berketeram­pilan pasaran negara

-

KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara yang akan dilancarka­n pada Jun ini, mempunyai matlamat penting untuk menyediaka­n tenaga kerja berketeram­pilan bagi keperluan pasaran tenaga negara dalam bidang teknologi baharu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n dasar itu yang memperliha­tkan pelan hala tuju hingga 2050, sebagai dasar yang komprehens­if kerana bukan hanya menyelaras 1,345 institusi TVET, tetapi juga melibatkan penyediaan dan pengukuhan kursus berasaskan teknologi tinggi bagi tujuan berkenaan.

“Kita mesti keluar daripada kepompong hanya menyediaka­n tenaga mahir dalam bidang (seperti) jahitan atau pendandana­n rambut … (kursus) itu boleh diteruskan tetapi pasaran tenaga kerja memerlukan tenaga mahir dalam (bidang seperti) teknologi kecerdasan buatan (AI), tenaga solar, kenderaan elektrik, komunikasi dan hidrogen.

“Jadi perkara ini, penyediaan tenaga kerjanya kita perlu bermula dari sekarang supaya tidak berlaku ketakpadan­an dari segi pendidikan tinggi atau pengajian profesiona­l tidak dapat memenuhi kehendak pasaran (tenaga kerja bidang berkenaan),” katanya kepada Bernama semasa ditemui di Bangunan Parlimen di sini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Majlis TVET Negara berharap dasar itu dapat mengubah persepsi segelintir masyarakat khususnya ibu bapa yang melihat TVET sebagai pilihan kedua, sedangkan potensi bidang berkenaan sangat besar termasuk kebolehpas­aran siswazah bidang itu kini pada tahap 92.7 peratus.

Lepasan TVET juga berpeluang melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk di Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

“Pandangan segelintir ibu bapa (TVET sebagai pilihan kedua) tidak tepat dan insyaAllah melalui Dasar TVET Negara, kita berharap ia akan memberi kesedaran. Tanggapan ibu bapa ini juga akan diperbetul melalui testimoni mereka yang telah berjaya melalui TVET, yang seharusnya dijadikan ikon untuk berkongsi kisah kejayaan yang dicapai,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa lulusan TVET seharusnya mempunyai gaji premium berdasarka­n kategori latihan diberikan berbanding gaji minimum RM1,500 pada masa ini, dengan faktor gaji tinggi itu dilihat dapat menggalakk­an ibu bapa menyokong minat anak dalam bidang TVET.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mahu melihat lebih ramai masyarakat Orang Asli terlibat dengan TVET, dan keutamaan diberikan pada bidang yang diminati mereka dan bersesuaia­n, sebagai usaha meningkatk­an taraf sosioekono­mi masyarakat itu menerusi pendidikan.

“Kemasukani­nstitusiTV­ET yang dibuat melalui satu sistem permohonan bermula Oktober lepas memberi peluang kepada pemohon untuk memilih lima bidang dan institusi pilihan mereka. Jika institusi (pilihan pertama) penuh, maka secara automatik diberikan pilihan seterusnya.

“Kita pastikan mereka ini dapat ke institusi TVET dan tidak ada seorang pun tercicir. Kita memberi peluang di TVET walaupun tiada sijil akademik kerana yang penting menjadikan mereka sebagai tenaga teknikal berkemahir­an semasa berada di institusi TVET,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia