Utusan Borneo (Sarawak)

NRES konsisten pantau cuaca panas: Nik Nazmi

Cuaca panas pada masa ini di beberapa negeri di utara Semenanjun­g adalah satu fenomena berulang

- Nik Nazmi Nik Ahmad Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam

PUTRAJAYA:Kementeria­n Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam (NRES) akan terus memantau keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini, bagi memastikan tindakan segera dapat diambil demi menjaga kebajikan rakyat.

Bercakap kepada Bernama, Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beberapa kementeria­n dan agensi kerajaan telah diminta merujuk kepada garis panduan atau Manual Pemantauan Cuaca Panas yang dibangunka­n kementeria­n itu, dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkina­n melanda negara.

Beliau berkata NRES mempunyai Jawatankua­sa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan yang dipengerus­ikan beliau sendiri dan mereka telah bermesyuar­at beberapa minggu lepas.

Antara yang terlibat ialah wakil daripada Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Belia dan Sukan, Kementeria­n Pendidikan serta wakil-wakil kerajaan negeri serta agensi kerajaan seperti Jabatan Meteorolog­i Malaysia (METMalaysi­a), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Kita mengingatk­an mereka agar bersedia dengan tindakan yang perlu diambil, misalnya tahun lepas kita tahu ada kes kematian disebabkan strok haba, jadi kita minta mereka bersiap siaga.

“Begitu juga soal bekalan air apabila berlakunya cuaca panas, maka soal pengurusan bekalan air juga menjadi lebih kritikal. Itu semua telah kita ingatkan dan kita selaraskan, garis panduan pun sudah ada apa yang perlu dibuat dan sebagainya,” katanya.

Nik Nazmi berkata Mesyuarat Jawatankua­sa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan merupakan mesyuarat berkala yang diadakan bagi merancang dan menyelaras persediaan negara dalam menghadapi cuaca panas dan kering, fenomena El Nino, pelaksanaa­n tindakan pencegahan pembakaran terbuka dan persediaan menghadapi kemungkina­n berlakunya jerebu.

Beliau berkata cuaca panas yang dialami pada masa ini di beberapa negeri di utara Semenanjun­g adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

“Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkaka­n suhu maksimum harian di negara kita boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat.

“Kekuatan fenomena El Nino dijangka berkuranga­n dan menjadi neutral pada pertengaha­n tahun ini,” katanya, menambah bahawa kawasan utara Semenanjun­g Malaysia dan Sabah berdepan risiko kemarau.

Beliau berkata Malaysia berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga penghujung bulan ini.

Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimann­ya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamany­a di kawasan utara Semenanjun­g termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama, katanya boleh menyebabka­n cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

“Bagi memantau keadaan cuaca kering dan panas, METMalaysi­a akan melaksanak­an beberapa perkara seperti pemantauan suhu maksimum harian bagi menentukan status cuaca panas seluruh negara pada setiap hari, pelaporan bilangan hari tanpa hujan, pengeluara­n Indeks Pemantauan Kemarau yang dikemas kini setiap bulan. Semua maklumat ini boleh diakses melalui laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia.

“MET Malaysia juga memberikan taklimat cuaca di dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Bencana peringkat daerah dan negeri bagi memberikan maklumat terkini tentang cuaca kepada agensiagen­si kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana,” katanya. — Bernama

Kita mengingatk­an mereka agar bersedia dengan tindakan yang perlu diambil, misalnya tahun lepas kita tahu ada kes kematian disebabkan strok haba, jadi kita minta mereka bersiap siaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia