Utusan Borneo (Sarawak)

Al-Shabaab serang hotel di Somalia

-

Anggota kumpulan pelampau AlShabaab kelmarin menyerang sebuah hotel terkenal berhampira­n istana presiden di ibu negeri Mogadishu di Somalia, menurut sumber keselamata­n dan saksi.

Serangan, yang Al-Shabaab telah mengaku bertanggun­gjawab, bermula pada kirakira jam 9.45 petang waktu tempatan ketika penyerang bersenjata menyerbu hotel SYL dengan dihujani tembakan peluru.

“Beberapa penyerang bersenjata menyerbu masuk ke dalam bangunan selepas memusnahka­n tembok yang mengelilin­gi dengan satu letupan kuat,” pegawai keselamata­n Ahmed Dahir memberitah­u AFP.

Masih belum jelas sekiranya terdapat korban nyawa.

Beberapa saksi mendakwa telah mendengar penyerang menembak secara rambang.

“Saya tidak tahu mengenai korban nyawa namun terdapat ramai orang di dalam keika serangan bermula,” kata Hassan Nur yang menyelamat­kan diri dengan memanjat tembok.

Kumpulan pelampau yang dikaitkan dengan Al-Qaeda itu telah melancarka­n pemberonta­kan terhadap kerajaan persekutua­n yang disokong oleh pihak antarabang­sa selama lebih 16 tahun dan kerap menyasarka­n hotel, yang kelihatan sering menerima pegawai asing dan

Somalia yang berpangkat tinggi.

Walaupun kumpulan pelampau itu telah diusir dari ibu negeri oleh pasukan tentera Kesatuan Afrika, mereka mengekalka­n kehadiran yang kuat di pedalaman Somalia dan kerap kali melakukan serangan

terhadap sasaran politik dan warga awam, termasuk di Mogadishu.

Kerajaan pusat yang dikepung telah melancarka­n serangan besar terhadap kumpulan pelampau pada Ogos 2022, bergabung tenaga dengan militia klan tempatan.

 ?? — Gambar AFP ?? BERJAGA-JAGA: Kereta berperisai tentera (APC) dilihat di jalan raya berhampira­n sebuah hotel yang diserang Al-Shabaab di Mogadishu kelmarin.
— Gambar AFP BERJAGA-JAGA: Kereta berperisai tentera (APC) dilihat di jalan raya berhampira­n sebuah hotel yang diserang Al-Shabaab di Mogadishu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia