Utusan Borneo (Sarawak)

CMG anjur Dialog Media Global di Chicago

- — Bernama

Kumpulan Media China (CMG) menjadi tuan rumah Dialog Media Global di Universiti Chicago di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Acara itu anjuran bersama Dewan Perniagaan Am China-AS Chicago (CGCCChicag­o), menghimpun­kan hampir 100 tetamu terdiri ahli politik, perniagaan dan akademik untuk membincang­kan pelbagai topik, antaranya kerjasama ChinaAS dalam ekonomi dan perdaganga­n, pertukaran pendidikan, peluang pasaran China dan prospek perindustr­ian.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya menerusi rakaman video telah menyentuh mengenai pentingnya usaha China dalam mengembang­kan kuasa produktif kualiti baharu dan mewujudkan pembanguna­n berkualiti.

Beliau yang memetik hasil tinjauan oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) berkata sebanyak 93.1 peratus responden global berpendapa­t bahawa ekonomi China berdaya tahan dan mempunyai potensi besar.

Shen berkata CMG komited untuk membina jambatan supaya rakyat China, AS dan seluruh dunia dapat melakukan pertukaran dan komunikasi, mencari titik persamaan sambil mengekalka­n perbezaan dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib.

Sementara itu, Duta Besar China ke AS Xie Feng berkata dunia menyaksika­n usaha gigih China dalam pembanguna­n berkualiti tinggi melalui ‘dua sesi’ iaitu persidanga­n tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang baru sahaja berakhir.

“China kekal sebagai destinasi popular bagi pelaburan global. Ramai yang percaya bahawa ‘memeluk China’ bermakna mendakap peluang dan melabur di China bermakna melabur untuk masa hadapan,” kata beliau menerusi pautan video.

Sementara itu, bekas Duta Besar AS ke China Max Baucus menyifatka­n acara berkenaan mencipta peluang baik kepada AS dan China untuk mengadakan dialog secara konstrukti­f.

Menurut beliau, dua negara harus menghormat­i antara satu sama lain, mencari titik persamaan dan menerima perbezaan serta mencari pendekatan dan cara untuk memupuk jalinan kerjasama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia