Utusan Borneo (Sarawak)

Tikus ‘khayal’ makan ganja rampasan di balai polis AS

-

Ketika pegawai polis New Orleans merampas ganja, mereka tidak dapat menghalang segelintir yang berada dalam ibu pejabat jabatan tersebut dari menggunaka­n hasil rampasan itu.

Ia bukannya anggota polis yang mempunyai masalah, namun sebaliknya tikus-tikus yang telah mendiami bangunan itu selama beberapa tahun.

“Tikus itu telah memakan ganja kami,” kata Anne Kirkpatric­k, ketua polis di bandar selatan Amerika Syarikat (AS) itu. “Ia semua telah khayal.”

Kirkpatric­k membuat komennya ketika bercakap dalam mesyuarat majlis bandar raya pada awal minggu ini, menurut media tempatan.

Tikus dan lipas dikatakan telah lama membiak di ibu pejabat jabatan polis, dibina sejak tahun 1968.

“Ia bukan sahaja di ibu pejabat polis. Ia terdapat di semua daerah. Keadaan kotor adalah di luar jangkaan,” kata Kirkpatric­k, menurut akhbar Times-Picayune/New Orleans Advocate.

“Pasukan pembersiha­n bangunan layak mendapat pujian kerana cuba untuk membersihk­an apa yang tidak dapat dibersihka­n.

Bandar itu merupakan kediaman bagi hampir 400,000 orang serta terkenal dengan aktiviti pesta lewat malam termasuk sejarah awalnya sebagai sebuah bekas koloni Sepanyol dan Perancis, yang mempengaru­hi budaya tempatan dan tempat makan hingga sekarang.

Pihak polis di sana telah mendesak bagi sebuah ibu pejabat baharu selama beberapa tahun.

“Ia adalah sangat teruk,” seorang anggota polis memberitah­u akhbar.

“Secara jujurnya, saya tidak fikir ia pernah pulih akibat Katrina,” kata pegawai itu, merujuk kepada taufan yang membanjiri bandar itu pada 2005. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia