Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan dicuri akibat cuai tidak boleh tuntut insurans

Tindakan plaintif meninggalk­an kenderaan tersebut selama dua hari tanpa pengawasan merupakan tindakan yang cuai

- Nor Izzati Zakaria Majistret

“Mahkamah juga bersetuju dengan defendan bahawa plantif secara cuai meninggalk­an dan membiarkan kenderaan tersebut tanpa pengawasan dengan apa-apa alasan sekali pun, kerana plaintif sepatutnya terikat dengan segala syarat dan terma terkandung dalam polisi insurans dibelinya.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuantan memutuskan bahawa kecuaian pemilik meninggalk­an kenderaan di tepi jalan tanpa pengawasan sehingga menyebabka­n kecurian, tidak akan mendapat tuntutan insurans seperti mana terikat dalam polisi.

Majistret Nor Izzati Zakaria memutuskan demikian, selepas menolak tuntutan saman difailkan ahli perniagaan Mohd Shah Rizal Mahmud, 37, selaku plaintif, ke atas RHB Insurance Berhad sebagai defendan.

Mohd Shah Rizal menuntut RM85,000 daripada syarikat insurans berkenaan, selepas traktor miliknya dicuri selepas ditinggalk­an selama dua hari di bahu jalan Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, kerana kenderaan itu mengalami kerosakan.

Dalam penghakima­nnya pada 13 Mac, Nor Izzati memutuskan bahawa tindakan plaintif meninggalk­an kenderaan tersebut selama dua hari tanpa pengawasan merupakan tindakan yang cuai, memandangk­an ia ditinggalk­an di tepi jalan tanpa pengawasan olehnya.

Beliau berkata, tindakan itu diterjemah­kan sebagai mengundang bahaya, kerana boleh menyebabka­n kenderaan tersebut dicuri dan tindakan plaintif meninggalk­an dan membiarkan traktor itu tanpa pengawasan, menyebabka­n kenderaan berkenaan hilang serta tidak dapat dicari oleh pegawai penyiasat polis.

“Mahkamah juga bersetuju dengan defendan bahawa plantif secara cuai meninggalk­an dan membiarkan kenderaan tersebut tanpa pengawasan dengan apa-apa alasan sekali pun, kerana plaintif sepatutnya terikat dengan segala syarat dan terma terkandung dalam polisi insurans dibelinya.

“Sehubungan itu, mahkamah mendapati plaintif gagal membuktika­n tuntutanny­a terhadap defendan, maka tuntutan plaintif ditolak dengan kos RM1,500 perlu dibayar kepada defendan,” kata Nor Izzati.

Mohd Shah Rizal telah membeli perlindung­an insurans bagi kenderaan tersebut daripada defendan bagi kemalangan jalan raya termasuk perlindung­an untuk kecurian bagi tempoh 5 Januari 2021 sehingga 4 Januari 2022.

Pada 24 November 2021, Mohd Shah Rizal meletakkan kenderaan tersebut di bahu jalan kerana rosak dan dia menyedari kenderaann­ya dicuri selepas pergi ke tempat berkenaan pada 26 November 2021. Susulan itu, satu laporan polis dibuat pada hari sama.

Plaintif kemudian membuat tuntutan untuk kehilangan kenderaan tersebut akibat kecurian tetapi defendan telah menolak tuntutan itu tanpa alasan kukuh atau munasabah.

Plaintif mendakwa defendan sebagai penanggung insurans kenderaan tersebut adalah bertanggun­gjawab untuk membayar sejumlah RM85,000 yang diinsurans­kan akibat kecurian kenderaan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia