Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas tentera hadapi 15 tuduhan cabul, cederakan prebet lelaki

-

MELAKA: Seorang bekas tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini semalam terhadap 15 pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul seorang prebet tentera lelaki dan dua pertuduhan menyebabka­n kecederaan ke atas mangsa sama.

Mohd Amanah Habhijulla­h, 36, didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap lelaki berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di Kem Terendak di Sungai Udang dalam daerah Melaka Tengah antara 25 Ogos hingga 14 Oktober 2023.

Pertuduhan dikemukaka­n di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Tertuduh juga didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas mangsa di lokasi sama pada 15 dan 16 Oktober tahun lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin mencadangk­an jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan mencabul dan masing-masing RM7,000 bagi kesalahan mencederak­an dengan jumlah keseluruha­n RM134,000.

Peguam S. Daniel yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangka­n atas alasan jumlah itu terlalu tinggi dan anak guamnya juga mempunyai tanggungan dan menjaga ibu bapa yang sedang mendapatka­n rawatan di hospital.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman kemudianny­a menetapkan jaminan keseluruha­n berjumlah RM11,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia yang menetap di Melaka serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali dan tidak mendekati atau menghubung­i mangsa dalam apa juga medium.

Mahkamah menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Mohd Amanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam terhadap 15 pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul seorang prebet tentera lelaki dan dua pertuduhan menyebabka­n kecederaan ke atas mangsa sama.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Mohd Amanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam terhadap 15 pertuduhan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul seorang prebet tentera lelaki dan dua pertuduhan menyebabka­n kecederaan ke atas mangsa sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia