Utusan Borneo (Sarawak)

Nagelsmann umum 26 pemain Jerman untuk aksi persahabat­an bulan ini

-

Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann kelmarin mengumumka­n skuad 26 pemain untuk aksi persahabat­an Mac depan, berkata dia mahu membawa ‘angin baharu’ dalam pasukan tiga bulan sebelum negara itu menjadi tuan rumah Euro 2024.

Jurulatih berusia 36 tahun itu membawa pulang pemenang Piala Dunia 2014, Manuel Neuer dan Toni Kroos, meninggalk­an 11 pemain daripada skuad terdahulu pada November lepas.

“Kami bukan memilih pemain terbaik, tetapi mereka yang paling sesuai,” kata Nagelsmann kepada pemberita.

Nagelsmann menyatakan dia memberi tumpuan untuk memilih pemain yang memiliki “momentum” dan membawa “angin segar” ke dalam skuad, sambil menegaskan “pintu tidak ditutup untuk sesiapa pun”.

Pasukan Nagelsmann akan berdepan Perancis di Lyon pada 23 Mac dan Belanda di Frankfurt tiga hari kemudian.

Jerman membuka Euro dengan menentang Scotland di Munich pada 14 Jun.

Jerman telah berjuang menjelang kejohanan.

Juara Eropah tiga kali itu hanya memenangi tiga daripada 11 perlawanan pada 2023 selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada Piala Dunia Qatar 2022, menyaksika­n Hansi Flick menjadi jurulatih pertama yang dipecat dalam sejarah Jerman.

Beberapa pemain lazim telah dikeluarka­n, termasuk Leon Goretzka, Serge Gnabry, Mats Hummels dan Niklas Suele, manakala Leroy Sane tidak dinamakan kerana menjalani penggantun­gan.

Memilih prestasi dan bukannya reputasi, Nagelsmann menamakan enam kemasukan baharu termasuk tiga dari pasukan Stuttgart - Deniz Undav, Maximilian Mittelstae­dt dan Waldemar Anton.

“Mereka bermain sangat sangat lancar, sangat baik, sangat stabil dan bermain dengan gembira dan dengan keyakinan diri. Saya boleh menjemput beberapa lagi,”

kata Nagelsmann.

Chris Fuehrich, yang dipanggil buat kali pertama, juga telah dipilih dari Stuttgart.

Jan-Niklas Beste dari Heidenheim, remaja Bayern, Aleksandar Pavlovic dan penyerang Hoffenheim, Maximilian Beier juga telah dimasukkan buat kali pertama.

Pavlovic kelahiran Munich, menyertai skuad dengan mengorbank­an rakan sepasukan Goretzka, juga layak ke Serbia melalui bapanya.

Kroos merupakan salah seorang daripada tiga pemenang Piala Dunia 2014 yang akan dimasukkan ke dalam skuad bersama Neuer dan Thomas Mueller.

“Kroos setakat ini pemain yang bermain melepasi perlawanan paling banyak di Eropah,” kata Nagelsmann. “Sesiapa yang mengatakan dia hanya memainkan bola tidak tahu tentang bola sepak.”

Neuer kembali ke skuad buat kali pertama dalam tempoh 15 bulan, selepas kali terakhir beraksi untuk Jerman di Qatar sebelum terlepas hampir setahun akibat patah kaki.

Nagelsmann mengalualu­kan Neuer kembali tetapi berkata Marc-Andre ter Stegen dari Barcelona boleh menjadi penjaga gol nombor satu di hadapan kapten Bayern itu.

Pemain tengah Barcelona, Ilkay Gundogan akan kekal memakai lilitan kapten walaupun Neuer sudah kembali.

“Ilkay bangga memakai gelang, tetapi kata-kata semangat Neuer akan terus

dipandang tinggi,” kata Nagelsmann.

Kali terakhir Kroos beraksi bersama Jerman ialah pada Julai 2021. Pada Februari lalu, bintang Real Madrid itu mengumumka­n dia akan keluar daripada persaraan antarabang­sa menjelang Euro.

Skuad itu mempunyai hanya seorang pemain Borussia Dortmund, penyerang Niclas Fuellkrug, dengan Hummels, Suele, Julian Brandt, Karim Adeyemi dan Nico Schlotterb­eck tidak dipanggil.

Lima pemain Bayern telah dipilih, bersama tiga daripada pemimpin Bundesliga, Bayer Leverkusen. — AFP

 ?? ?? NAGELSMANN
NAGELSMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia