Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n Mbappe untuk Sukan Olimpik Paris 2024 diragui, kata Deschamps

-

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menimbulka­n keraguan terhadap peluang Kylian Mbappe untuk mewakili negaranya pada Sukan Olimpik Paris tahun ini, dengan mengatakan bahawa ia akan menjadi ‘sangat sukar’ untuk bersaing di temasya sukan itu sejurus selepas Euro 2024.

“Sangat sukar dari sudut pandangan psikologi dan fizikal untuk mengambil bahagian dalam dua pertanding­an seperti itu satu selepas satu, pada musim panas, tanpa bercuti,” kata Deschamps kelmarin.

Jurulatih Perancis itu mengesahka­n bahawa beberapa anggota skuadnya untuk Kejohanan Eropah mungkin juga tampil dalam skuad Olimpik, yang akan dinamakan oleh Thierry Henry.

Bagaimanap­un, Deschamps berkata Euro “tetap menjadi keutamaan” dan identiti pemain-pemain yang beraksi di Olimpik perlu diketahui sebelum kejohanan benua, yang bermula pada 14 Jun.

“Kami tidak mahu sebarang gangguan terhadap persiapan kami, jadi apabila kami berada di kem latihan kami di Clairefont­aine, ia perlu sudah jelas siapa yang akan pergi dan siapa yang tidak akan pergi,” kata Deschamps.

Difahamkan bintang Paris Saint-Germain, Mbappe, kapten Perancis, sangat berminat untuk mewakili negaranya di Olimpik, bersama-sama dengan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid.

Namun Kejohanan Eropah di Jerman tidak berakhir sehingga 14 Julai, dengan kejohanan bola sepak Olimpik bermula pada 24 Julai.

Ini bermakna tidak akan ada masa untuk berehat di antara temasya, jika Perancis pergi jauh dalam Euro.

Bola sepak lelaki di Sukan Musim Panas adalah untuk pemain berusia di bawah 23 tahun, walaupun tiga pemain lebih umur boleh tampil, membuka jalan bagi Mbappe yang berusia 25 tahun dan bintang senior Perancis lain untuk mengambil bahagian.

Bagaimanap­un, badan induk bola sepak dunia, FIFA tidak mewajibkan kelab melepaskan pemain untuk Olimpik, yang boleh merumitkan lagi keadaan

Mbappe.

Penyerang itu sudah memberitah­u PSG bahawa dia merancang untuk meninggalk­an kelab itu apabila kontraknya tamat pada akhir musim ini dan Real Madrid dijangka menjadi destinasi seterusnya.

Kelab baharunya itu tidak mungkin teruja dengan Mbappe pergi ke temasya sukan itu dan tidak bercuti menjelang permulaan musim baharu - perlawanan akhir kejohanan Olimpik ditetapkan pada 9 Ogos.

Legenda Perancis, Henry kini mengendali­kan pasukan Bawah-21 kebangsaan dan akan menyelia pasukan di Olimpik.

Dia menerima hakikat bahawa sama ada Mbappe menyertai skuad bukanlah keputusann­ya.

“Saya tidak pasti. Saya berada di bawah belas kasihan ya atau tidak daripada sebuah kelab,” kata Henry kelmarin.

“Dan kemudian jika mereka bersetuju dan kemudian menukar jurulatih, siapa yang dapat menjamin saya masih akan memilikiny­a?”

 ?? MBAPPE ??
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia