Utusan Borneo (Sarawak)

Isu pengemis warga asing ditangani

Operasi bersepadu dilaksana berterusan, kekang kehadiran mereka di bandar-bandar utama: Nancy

- Oleh Agnes Tugong

Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjalanka­n operasi bersepadu secara berterusan bagi mengekang kehadiran pengemis warga asing di bandar-bandar utama di negara ini.

Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata, isu pengemis warga asing ini bukan perkara baharu dan aktiviti penguatkua­saan dijalankan secara berterusan melibatkan banyak pihak.

“Ramai telah dikenal pasti dan sebenarnya ada sindiket dan ini yang membuatkan kita terpaksa menguatkan lagi penguatkua­saan kita bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak bandar raya, polis, imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Semua bekerjasam­a untuk pastikan penguatkua­saan itu berkesan bukan sahaja JKM, jika didapati warga asing, imigresen akan ambil tindakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ilya Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong di Surau Darul Hijrah, Darul Hana di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) serta yang lain.

Ujar Nancy lagi, kehadiran pengemis warga asing ini dilihat lebih ramai pada bulan Ramadan terutama di Semenanjun­g Malaysia.

Situasi ini katanya, mungkin juga disebabkan sikap rakyat Malaysia yang pemurah lebih-lebih lagi dalam menyambut bulan Ramadan.

Justeru, beliau menasihati rakyat Malaysia supaya lebih berhati-hati semasa bersedekah.

Terdahulu pada program tersebut, Nancy yang juga

Ahli Parlimen Santubong menyampaik­an sumbangan kepada 432 penerima terdiri daripada

orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan golongan memerlukan dari 14 kampung di kawasan Pantai Damai.

Sumbangan tersebut disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Negara di bawah Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Nordina Haron.

Nancy dalam pada itu berharap sumbangan itu dapat meringanka­n beban penerima dalam menyambut bulan Ramadan ini, sekali gus memberi galakan kepada yang lain untuk turut sama membantu.

 ?? — Gambar Penerangan ?? RINGANKAN BEBAN: Nancy menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima pada Program Ilya Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong, semalam. Turut kelihatan, Dr Abdul Rahman (tiga kiri).
— Gambar Penerangan RINGANKAN BEBAN: Nancy menyampaik­an sumbangan Ramadan kepada salah seorang penerima pada Program Ilya Ramadan dan Sumbangan Ramadan Kawasan Parlimen Santubong, semalam. Turut kelihatan, Dr Abdul Rahman (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia