Utusan Borneo (Sarawak)

16,624 penerima bantuan JKM bakal terima sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri

-

KUCHING: Seramai 16,624 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sarawak akan menerima sumbangan sempena Program Sejambak Kasih Aidilfitri bagi tahun ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia membabitka­n peruntukan berjumlah RM1,662,400.

“Daripada jumlah itu, seramai 4,524 penerima dari bahagian Kuching, Samarahan (2,486), Serian (349), Sri Aman (734) dan Betong (2,2160.

“Turut menerima sumbangan, Sarikei seramai 359 orang, Sibu (759), Mukah (2,374), Kapit (98), Bintulu (601), Miri (967) dan Limbang (1,157),” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis

Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Kuching yang turut dihadiri Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Fatimah berkata, sumbangan itu diberikan bagi meringanka­n beban kewangan serta menceriaka­n penerima bantuan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Kementeria­n setiap tahun komited membantu meningkatk­an kualiti hidup keluarga yang kurang berkemampu­an.

“Justeru, pada majlis hari ini (semalam), seramai 150 orang penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Kuching akan menerima sumbangan tersebut berupa wang tunai RM100, selain hamper bernilai RM80,” katanya.

Sementara itu, Fatimah memberitah­u sejak Januari hingga Februari 2024, JKM Sarawak telah menyalurka­n perbelanja­an sebanyak RM42,963,250 untuk 54,040 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri ini.

“Penerima-penerima bantuan tersebut terdiri daripada Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Top Up (Kerajaan Negeri), Bantuan Am (BA), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Top Up (Kerajaan Negeri), Bantuan Anak Pelihara (BAP) dan Bantuan BeliaBelia­wanis (BBB),” jelasnya.

 ?? ?? SANTUNI: Fatimah menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil disaksikan oleh Dr Abdul Rahman pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana, semalam.
SANTUNI: Fatimah menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil disaksikan oleh Dr Abdul Rahman pada Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia