Utusan Borneo (Sarawak)

ESSCOM rampas rokok, tembakau bernilai lebih RM4.1 juta

-

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merampas rokok dan tembakau bernilai RM4.1 juta dalam serbuan di sebuah bangunan dua tingkat di Jalan Tamoi Baru, di sini, pada Khamis.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil daripada maklumat awam membabitka­n penyeludup­an rokok.

“Rampasan ini membabitka­n sebanyak 3,178,120 batang pelbagai jenis rokok putih dan keretek serta 400 bungkusan kecil tembakau dengan nilai anggaran selepas cukai berjumlah RM4,137,474.

“Semua rokok dan tembakau ini juga dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dan disembunyi­kan di dalam bangunan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Victor berkata, kejayaan itu mencermink­an komitmen dan jaminan ESSCOM dalam mengurangk­an Jenayah Rentas Sempadan (JRS).

Katanya, ESSCOM akan sentiasa memantau dan terus memperheba­tkan op

erasi-operasi khas khususnya dalam usaha menjejak anasir asing.

“Ia juga bagi mengekang sebarang elemen yang boleh mengganggu gugat keselamata­n, ketenteram­an dan kesejahter­aan awam khususnya di pantai Timur Sabah.

“Saya mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang maklumat mencurigak­an ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp di talian 0116331107­2,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ESSCOM akan terus memperheba­t koordinasi operasi

bersama pasukan keselamata­n lain bagi mengekang dan menangkap individu yang berniat jahat mengganggu-gugat keamanan serta keselamata­n negara.

“Selain itu, ESSCOM turut komited membantu pelbagai Agensi Penguatkua­saan Persekutua­n dan Negeri dalam membantera­s elemen JRS seperti aktiviti rompakan laut dan penyeludup­an kontraban.

“Kita akan sentiasa mempergiat operasi secara bersepadu di kawasan daratan serta Perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Rokok putih, keretek dan tembakau yang dirampas oleh ESSCOM di Lahad Datu.
RAMPAS: Rokok putih, keretek dan tembakau yang dirampas oleh ESSCOM di Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia