Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor perlu patuhi SOP keselamata­n di tapak binaan

-

Semua kontraktor diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) atau peraturan keselamata­n Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan teliti di tapak pembinaan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mereka perlu memberi keutamaan kepada keselamata­n semua pekerja.

“Apabila seorang bapa pergi bekerja di tapak pembinaan jalan atau jambatan, keluargany­a mengharapk­an dia pulang ke rumah dengan selamat dan dengan senyuman di wajahnya.

“Adalah sangat penting bahawa semua SOP dan peraturan yang telah kita keluarkan dipatuhi sepanjang masa. Justeru, saya menggesa semua kontraktor untuk mengambil serius akan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian

dalam suatu majlis sempena meraikan ‘safe manhour

without any Lost Time Injury (LTJ)’ untuk dua projek di

Sri Aman, semalam. Dua projek itu melibatkan pembinaan lebuh raya dari Sebuyau ke Lingga serta projek jambatan Lingga dan jalan berkaitan.

Majlis itu dianjurkan bersama oleh JKR dan Sri Datai CHM JV Senderian Berhad.

Uggah berkata, ia perlu diambil perhatian memandangk­an terdapat tidak kurang daripada 100 tapak pembinaan untuk projek kerajaan.

“Saya telah menerajui Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan selama kira-kira tiga tahun dan setakat ini masih belum menerima sebarang laporan kematian di tapak projek.

“Jadi saya harap JKR akan terus memantau pematuhan itu dengan penuh komitmen.

“Jadikan tapak pembinaan jalan dan jambatan kita selamat untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah turut mengarahka­n JKR untuk melihat semula protokol dan kemudahan keselamata­n di semua terminal feri.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang enggan memakai jaket keselamata­n.

“Kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini seperti yang berlaku beberapa tahun lalu berulang, jadi saya mahu JKR melihat semula aspek penguatkua­saan,” tegasnya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden, ADUN Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, Pengerusi Agensi Pembanguna­n Sri Aman Datuk Seri Rohani Abdul Karim, ADUN Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor, Setiausaha Tetap MIPD Datu Chiew Chee Yau dan Pengarah JKR Datu Ir Richard Tajan.

 ?? ?? BERSEMANGA­T: Uggah bersama yang lain merakamkan kenangan pada satu majlis di Sri Aman semalam.
BERSEMANGA­T: Uggah bersama yang lain merakamkan kenangan pada satu majlis di Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia