Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli politik tidak pernah bersara: Nanta

Cuma penglibata­n mereka akan ‘memudar’ perlahan-lahan apabila tiba masanya

- Oleh Steve Annuar Dato Sri Alexander Nanta Linggi Menteri Kerja Raya

MIRI: “Saya percaya ahli politik tidak pernah bersara tetapi tiba masanya, perlahan-lahan penglibata­n mereka ‘memudar’,” kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Nanta berkata demikian kerana beliau kerap ditanya bila beliau akan bersara dari dunia politik.

“Mereka mungkin berfikir mereka telah bersara, tetapi sebenarnya penglibata­n mereka sahaja dikurangka­n. Namun suara, pandangan dan pendapat mereka masih diperlukan bagi mengukuhka­n lagi perjuangan parti,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Nanta yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu ahli yang telah bersara untuk terus memberi pandangan kerana PBB dan Sarawak masih memerlukan khidmat mereka.

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Jasamu

Dikenang anjuran Pergerakan Wanita PBB Cawangan N.78 Mulu di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Nanta, sebagai antara orang lama dalam parti, beliau percaya PBB juga amat memerlukan suara anak-anak muda bagi meneruskan perjuangan parti.

Beliau memberitah­u, PBB cukup dikenali dengan struktur organisasi tersusun, termasuk penyediaan barisan pelapis bagi meneruskan warisan kepimpinan berpaksika­n semangat toleransi dan kesepakata­n.

Beliau juga percaya pimpinan yang lebih berpengala­man mesti tahu masa dan ketikanya untuk menyerahka­n tanggungja­wab dan kepercayaa­n kepada pemimpin yang lebih muda dan terus memberikan sokongan kepada mereka dengan ikhlas.

“Kita harus percaya kepada keupayaan pemimpin muda untuk mengemudi perjuangan dan kurangkan campur tangan kerana itu akan memberi mereka satu motivasi dan semangat untuk

terus memberikan yang terbaik. Percaya dan yakin kepada keupayaan mereka,” jelasnya.

Nanta turut mengingatk­an ahli untuk memastikan keharmonia­n parti terus terjaga dan tidak bersikap melaga-lagakan pemimpin dan generasi muda.

Ahli seharusnya berbalik kepada perjuangan dan kepentinga­n parti bersandark­an kepada semangat, berkorban, bersatu.

Menurut Nanta, Sarawak kini berada dalam fasa yang positif di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi

Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana bijak, mempunyai visi dan misi yang jelas bagi mengemudi Sarawak Maju Makmur menjelang 2030.

Tentang majlis tersebut, ia menjadi platform tepat untuk merai dan menzahirka­n penghargaa­n kepada ahli parti yang sentiasa komited dan setia dalam memberikan perkhidmat­an, kesetiaan dan kesepaduan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan objektif parti dapat dicapai.

Seramai 56 ahli PBB Cawangan Mulu menerima

penghargaa­n atas sumbangan mereka kepada parti.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datin Sri Angelina Ujang, Ketua Pergerakan Wanita PBB Mulu merangkap Ketua Penerangan Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datin Esther Mujan Balan dan pengerusi pengelola Catherine Awing Wan.

“Mereka mungkin berfikir mereka telah bersara, tetapi sebenarnya penglibata­n mereka sahaja dikurangka­n. Namun suara, pandangan dan pendapat mereka masih diperlukan bagi ” mengukuhka­n lagi perjuangan parti.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Nanta menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sijil Jasamu Dikenang disaksikan oleh Gerawat (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.
TERIMA KASIH: Nanta menyampaik­an sijil kepada salah seorang penerima sijil Jasamu Dikenang disaksikan oleh Gerawat (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia