Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak patut mansuh skim pencen: CUEPACS Sarawak

Sebaliknya pemberian pencen untuk ahli politik perlu dikaji semula

- Oleh Jessica Jawing Pengerusi CUEPACS Sarawak

Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat, malah memiliki pelbagai keistimewa­an berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun.

KUCHING: Kerajaan tidak sepatutnya memansuhka­n skim pencen penjawat awam yang secara puratanya berkhidmat untuk negara melebihi 30 tahun sebelum layak menerima faedah saraan.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak Omar Bahrein Unin berkata, skim pencen di negara ini antara yang terbaik dan kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim berpencen kerana ia dianggap sebagai lebih baik dan menjamin kesejahter­aan selepas persaraan kelak.

“Dengan skim gaji yang masih rendah dalam perkhidmat­an awam ketika ini, skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat tidak membantu penjawat awam mempunyai simpanan hari tua yang baik selepas persaraan kelak.

“Disebabkan itulah kebanyakan penjawat awam lebih memilih skim pencen kerana ia adalah keistimewa­an yang terbaik kepada mereka,” katanya kepada Utusan Borneo dan The Borneo Post di sini, semalam.

Menurut Omar, sebaliknya kerajaan perlu mengkaji semula pemberian pencen kepada

Omar Bahrein Unin

ahli politik, jika kekangan kewangan yang menghalang kerajaan untuk meneruskan skim pencen perkhidmat­an awam selepas ini.

Pemansuhan pemberian pencen kepada golongan politik ini terlebih dahulu adalah langkah yang tepat kerana kebanyakan mereka berkhidmat sekitar lima tahun saja, ujarnya.

“Kumpulan ini bukan sahaja menerima elaun serta peruntukan tinggi semasa berkhidmat, malah memiliki pelbagai keistimewa­an berbanding penjawat awam yang secara purata berkhidmat lebih 30 tahun,” tegasnya.

Omar berkata, keutamaan kepada kerajaan ketika ini adalah mengkaji bagi keskes yang berkhidmat waktu singkat, tetapi menikmati faedah saraan yang agak selesa dan bukannya menyasarka­n kepada penjawat awam saja.

“Kerajaan sewajarnya mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepenti­ngan sebelum terus menetapkan skim caruman KWSP secara mandatori kepada lantikan baharu kelak.

“Pandangan CUEPACS jelas, sekiranya kerajaan mahu melaksanak­an sesuatu perkara perlulah berlandask­an prinsip tidak dikurangka­n faedah semasa yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, tiga agensi berkepenti­ngan kerajaan iaitu KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) perlu mengurus dan berbincang untuk mengemukak­an cadangan yang lebih baik bagi menggantik­an skim pencen yang dimansuh dan hendaklah tidak kurang faedah berbanding skim pencen sekarang.

“Kerajaan harus memastikan gaji diterima hari ini mampu memberi kesejahter­aan hidup untuk penjawat awam dan pada masa yang sama, gaji ini mampu memberi simpanan untuk hari persaraan kelak.

“Sekiranya kerajaan tetap ingin menamatkan skim pencen ini, ia hendaklah terpakai kepada lantikan politik yang layak menerima pencen ketika ini,” katanya.

Beliau berkata dalam pada itu, CUEPACS menyambut baik pencerahan diberi Jabatan Perkhidmat­an Awam bahawa pengambila­n secara lantikan kontrak sebagaiman­a yang diumumkan oleh kerajaan adalah langkah sementara bagi pengambila­n baharu dalam perkhidmat­an awam bermula 1 Februari 2024.

 ?? ?? OMAR
OMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia